Sudah bertunang dengan gadis jelita, Ezza Yusof, ramai yang ingin tahu sebab utama pelakon Remy Ishak masih belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Ada juga yang mula berspekulasi hubungan beliau bersama tunangnya sedang bermasalah. Namun, Remy mempunyai alasannya tersendiri.
Menurut Remy, beliau membesar dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah selepas ibu bapanya membuat keputusan untuk berpisah.
Masih lagi terganggu dengan situasi tersebut, Remy akui itu adalah faktor beliau tidak mahu terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan apatah lagi tanggungjawab sebagai seorang suami itu berat.
Untuk menjadi seorang suami itu, tanggungjawabnya besar bukan hanya untuk menyatukan silaturahhim. Saya seorang lelaki yang mahu memastikan masa depan berjalan dengan lancar. Jadi saya merancang untuk semuanya berjalan dengan baik. Saya dari dulu seorang yang mementingkan tanggungjawab menjaga keluarga.
Saya berasal daripada keluarga yang berpecah-belah dan saya tak nak melalui pengalaman yang sama sebab itu tidak mahu terburu-buru soal kahwin.
Kata orang benda baik apa salahnya dipercepatkan tetapi biarlah Remy sudah betul-betul bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga agar ia dapat berkekalan sehingga syurga. Semoga apa yang dirancang oleh Remy akan dipermudahkan.

I don't know but he is so annoying
February 14, 2018 at 4:50 pm
Kalau dah tahu trauma nak kahwin.. apahal ko sibuk2 nak tunang.. bukan ke pertunangan itu satu langkah nak ke arah perkahwinan.. apa2 jela pak remy.. mentang2lah nama naik sebab citer 3suku tue.. terus bg statement mcm nie.. kesian tunang ko.. and one more thing.. kalau betul tunang ko tue janda.. apa hina sangat ke nak ngaku.. kalau dah tahu janda buat apa sibuk meminang.. bingai.. angin aku.. mmg patut pun ummi nazeera tue putus ngan ko..
Seroja
February 13, 2018 at 11:53 pm
Trauma ke atau takut saham jatuh…ntah ape2 dia ni….
Anonymous
February 13, 2018 at 8:45 pm
Org melayu ni semua mendesak org suruh kawin…. nanti jadi mcm Ude .,bini kering kontang x ada duit terpaksa cari kerja sendiri untuk sara diri dan anak..
Wekkkkkkk
February 13, 2018 at 4:51 pm
Biasanya lelki yg penh menikh, klau duda atau kmatian bini, psti mau segera mnikh, sbb dh ” best” hidup brsama, smua trurus. Segeralh menikh remy, pasti kmu x myesl? Klau u dpt yg trima u seadanya, ssh dn sng sama2, pasti u x myesal nikah. Best nikah ni, byk best dri x best