Sudah bertunang dengan gadis jelita, Ezza Yusof, ramai yang ingin tahu sebab utama pelakon Remy Ishak masih belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Ada juga yang mula berspekulasi hubungan beliau bersama tunangnya sedang bermasalah. Namun, Remy mempunyai alasannya tersendiri.
Menurut Remy, beliau membesar dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah selepas ibu bapanya membuat keputusan untuk berpisah.
Masih lagi terganggu dengan situasi tersebut, Remy akui itu adalah faktor beliau tidak mahu terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan apatah lagi tanggungjawab sebagai seorang suami itu berat.
Untuk menjadi seorang suami itu, tanggungjawabnya besar bukan hanya untuk menyatukan silaturahhim. Saya seorang lelaki yang mahu memastikan masa depan berjalan dengan lancar. Jadi saya merancang untuk semuanya berjalan dengan baik. Saya dari dulu seorang yang mementingkan tanggungjawab menjaga keluarga.
Saya berasal daripada keluarga yang berpecah-belah dan saya tak nak melalui pengalaman yang sama sebab itu tidak mahu terburu-buru soal kahwin.
Kata orang benda baik apa salahnya dipercepatkan tetapi biarlah Remy sudah betul-betul bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga agar ia dapat berkekalan sehingga syurga. Semoga apa yang dirancang oleh Remy akan dipermudahkan.