Seorang wanita telah menjadi transgender pertama di dunia yang menjalani pembedahan rekonstruktif yang telah berjaya menggunakan kulit ikan Talapia.
Dipetik dari Mirror, Lelaki yang berusia 35 tahun ini yang mahu dikenali sebagai Maju menjalani prosuder ini kerana vaginanya mula mengecut dan menutup selepas menjalani pembedahan mengubah alat kelamin.
Pasukan perubatan yang diketuai oleh pakar sakit puan Profesor Leornado Bezerra dari University of Ceara di Fortaleza, di Brazil timur mendedahkan bahawa pembedahan ini telah memberikan peluang kepada beliau menjalani kehidupan seksual selepas ini.
Prosedur ini yang dikenali sebagai ‘neovaginoplasty’, juga telah mengembalikan harga dirinya.
Ia menggunakan acuan akrilik berbentuk tubular yang dibalut dengan kulit ikan air tawar dalam bentuk prainis biologi untuk membina semula dan meluaskan terusan vagina dalam satu pembedahan yang dijalankan selama tiga jam pada 23 April lalu.
Tiga minggu selepas rawatan Maju berkata:
Saya sangat gembira dengan hasilnya.
Buat pertama kali dalam hidup ini, saya berasa lengkap dan seperti seorang wanita asli.
Proses ini juga telah memasukkan dua acuan berasingan untuk mencipta vagina baru.
Peranti pertama, dipasang dengan membran laut, dimasukkan ke dalam vagina selama enam hari.
Bagi menyesuaikan dengan tubuh pesakit, kulit ikan yang disterilkan dan bebas dari bau digunakan bertujuan sebagai pertumbuhan sel stimulasi.
Kulit ikan talapia kaya dengan 1 jenis kolagen, bahan yang menggalakkan penyembuhan dan cepat sembuh dan anjal bersifat elastatik serta kuat seperti kulit manusia.
Membran talapia melekat pada dinding saluran vagina yang bertindak seperti sel stem. Ia diserap ke dalam badan, berubah menjadi tisu sel yang sama dengan faraj sebenar.
Peranti kedua yang diperbuat daripada silikon dan digambarkan sebagai “tampon besar” direka untuk kekal di dalam vagina sehingga enam bulan bagi mengelakkan dinding dari tertutup.
Profesor Bezerra juga memberitahu:
Kami mampu membuat faraj bersaiz panjang fisiologi, tebal dan membesarkannya. Sekarang pesakit telah pulih dengan sangat baik.
Dia berjalan dengan selesa, tidak sakit dan kencing secara normal. Dalam beberapa bulan kami percaya dia akan dapat melakukan hubungan seksual.
Peranti ini boleh dikeluarkan selepas tempoh ini bila diingini.
Bercakap secara eksklusif kepada FocusOn News pesakit transeksual mendedahkan dia memutuskan untuk menukar gendernya 20 tahun yang lalu, dengan sokongan keluarganya.
Dia sedar pada awal remaja bahawa dia adalah seorang wanita yang tinggal dalam tubuh lelaki.
Saya adalah orang keempat di Brazil pada tahun 1999an menukar alat kelamin dan dijadikan sebagai bahan kajian.
Tetapi sepuluh tahun yang lalu, saya mengalami stenosis vagina. Pembukaan vagina saya mula semakin sempit dan lebih pendek dan terusan itu runtuh.
Dia mengalami ketidakselesaan yang berterusan hingga menghalang melakukan seks dengan pasangannya selama 12 tahun dan kini sudah bercerai.
Beliau kemudian mengundurkan diri dan bekerja sebagai penjual bunga dan menetap bersama ibunya di Sao Paulo.
Semasa menetap di sana, kemudian dia menemui tentang prosedur Bezerra yang belum pernah lagi di buat sebelum ini bagi mewujudkan vagina baru untuk wanita yang mengalami masalah agenesis vagina kongenital yang jarang ditemui.
Sejak membangunkan teknik ini tiga tahun yang lalu, Bezzera telah berjaya mengubati 10 wanita dan memperbaiki keadaan yang menyebabkan vagina dan uterus menjadi kurang berkembang atau tidak.
Pada Mei tahun lalu, FocusOn News secara eksklusif mendedahkan bagaimana pesakit berusia 23 tahun, Jucilene Marinho, menjadi wanita pertama pada April 2017 menghidupkan semula saluran vagina dari kulit ikan tilapia selepas dia didiagnosis tiada serviks, rahim, ovari dan rahim.
Menurut Bezerra, penutupan saluran vagina adalah perkara normal yang dialami wanita transgender yang telah menjalani perubahan seks.
Dia menjelaskan ini kerana dalam prosedur tradisional, sebahagian besar bahagian dalam zakar dikeluarkan dan kulit zakar dilipat ke dalam ruang di antara uretra dan rektum.
Kulit luar zakar kemudian menjadi bahagian dalam vagina.
Tetapi kerana pesakit mempunyai rawatan hormon untuk mengembangkan ciri-ciri wanita, terdapat atrofi zakar yang mengakibatkan pengecutan pada saiz zakar disebabkan kehilangan tisu. Ini juga akan menyebabkan vagina menjadi kecil.
Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan kulit talapia adalah tahan dari jangkitan penyakit kerana tidak adanya jangkitan silang antara haiwan akuatik dan manusia. Ikan Talapia tidak seperti binatang lain.
Sebelum ia boleh digunakan, kulit talapia tertakluk kepada proses sterilisasi dan penyinaran yang meluas dan ketat di Nucleus of Research and Development of Medicines (NPDM) sebahagian dari UFC.
Hasilnya ia tidak berbau, dibungkus dan divakum kemudian disimpan selama dua tahun di dalam peti sejuk. Kulit Talapia pertama dirasmikan pada tahun 2017.
Prosedur itu bermakna bahan boleh diedarkan dengan selamat ke pusat rawatan di seluruh Amerika Latin dan dieksport ke luar negara.
Apa pendapat anda semua?
Sumber: Mirrow