Transformasi Hebat Buat Luar Rumah Nampak Biasa, Dalam Nampak Macam Kondo Mewah

Kehidupan

Transformasi Hebat Buat Luar Rumah Nampak Biasa, Dalam Nampak Macam Kondo Mewah

Siapa yang tidak menginginkan keadaan rumah yang nampak cantik dan selesa dengan dekorasi dalaman yang eksklusif. Ramai mengidamkan ruang kediaman yang indah serta boleh dinikmati bersama seisi keluarga. Faktor wang dan bajet mungkin menjadi penghalang untuk merealisasikan impian mengubah susun atur perabot dalaman.

Tetapi sudah banyak idea untuk menghias ruang dalaman rumah mengikut bajet yang tidak terlalu besar dikongsikan di laman media sosial. Anda perlu hanya bijak memilih dan menyesuaikan dekorasi dengan keluasan ruang yang ingin diubah.

Advertisement

Pereka dalaman, Aizul Marcello menerusi akaun Twitternya  banyak berkongsi tips dan idea bagi menghias ruang dalaman rumah. Ramai yang tidak mempercayai hasil kreatif beliau mampu mengubah ruang rumah menjadi sebuah kondo mewah meskipun rumah tersebut terletak di kawasan flat kos rendah.

Baru-baru ini, Aizul telah berkongsi hasil pengubahsuaian sebuah apartmen kepada konsep yang lebih minimalis. Konsep seperti ini lebih banyak bermain dengan menggunakan palet berwarna putih dan penambahan sedikit aksesori rumah.

Selain Aizul, pemilik akaun Twitter @iambenfirdaus turut banyak berkongsi transformasi hiasan dalaman rumah di laman sosial tersebut.

Impian anda untuk memiliki rumah yang bercirikan konsep moden akan tercapai sekiranya anda meletakkan usaha lebih dengan mencari perabot dan aksesori rumah yang bertepatan dengan bajet anda.

 

Rumah yang cantik serta dekorasi yang menyejukkan mata akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta ketika melihat ubah suai rumah tersebut. Anda juga pasti tenang di saat anda melangkah masuk ke dalam rumah selepas seharian letih bekerja. Mengorbankan sedikit wang untuk melihat rumah yang cantik merupakan pelaburan yang sangat berbaloi.

Sesiapa yang masih belum mendapat ilham untuk mengubah suai rumah dengan ruang yang terhad bolehlah mengikuti akaun Twitter pereka dalaman tersebut dan mula untuk menghias. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...