Untuk mereka yang meminati bidang permotoran ini pastinya terpukau melihat transformasi yang dilakukan pada motor Demak ini. Siapa sangka dengan hanya perbelanjaan sebanyak RM1,500 perubahan yang hebat ini berjaya dibuat.
Pemiliknya, Azri memaklumkan bagaimana pada mulanya beliau terdetik ingin melakukan transformasi itu hanya berdasarkan video yang ditonton di Youtube dan melakukan sedikit kajian di internet.
“Asalnya motor ini motor Demak Evo ZR yang biasanya orang pun tak nak tengok. Jadi daripada terbiar macam tu sahaja, saya pun cuba mengubahnya menjadi lain dari yang lain.”
Sumber: The Vocket