Personaliti media sosial, Cik B kembali mencuri perhatian netizen selepas tampil dengan imej baharu yang dilihat semakin menawan berbanding sebelum ini.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, memuat naik video sedang mengikuti trend tarian menggunakan lagu Jersey Club yang dipopularkan kumpulan K-Pop terkenal, NewJeans.
Namun, bukan sahaja aksi tariannya jadi sorotan, malah perubahan fizikal Cik B yang kelihatan lebih langsing serta wajah yang semakin berseri turut mencuri tumpuan ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terkininya dan mengakui teruja melihat transformasi anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida itu.
Selain itu, ada juga yang meminta Cik B berkongsi rahsia atau tip menurunkan berat badan bagi dijadikan inspirasi.