Transdniestria : Merungkai Sebuah Negara Yang Tidak Wujud Dalam Peta Dunia

Trending

Transdniestria : Merungkai Sebuah Negara Yang Tidak Wujud Dalam Peta Dunia

Transdniestria adalah sebuah negara yang terletak di sempadan antara negara Moldova dan Ukraine. Negara ini mempunyai penduduk seramai lebih lima ratus ribu orang.

Advertisement

Transdniestria menjadi rumah kepada sebuah masyarakat yang mengamalkan dasar kerajaan bebas mereka sendiri. Mereka juga mempunyai matawang mereka sendiri, perlembagaan negara sendiri dan pasukan tentera sendiri.

Bagi Transdniestria, keengganan pihak PBB untuk mengiktiraf kewujudan negara kecil mereka membuatkan Transdniestria sehingga sekarang tidak wujud dalam mana-mana hubungan diplomatik antarabangsa malahan, tidak layak untuk berada dalam peta dunia.

Transdniestria asalnya merupakan sebahagian negara Moldova. Bagaimanapun idea mewujudkan kerajaan sendiri mula tersebar di kalangan penduduk Transdniestria dan menyebabkan berlakunya perang saudara di antara Moldova dan penduduk Transdniestria, pada tahun 1992.

Gencatan senjata berjaya dikekalkan dengan bantuan tentera Russia yang mengawal sempadan negara tersebut, namun perang dingin masih berterusan.

Status kewarganegaraan Transdniestria tidak diiktiraf hingga membuatkan pasport negara mereka tidak sah untuk digunakan di mana-mana negara lain.

Penduduk Transdniestria juga bernasib baik kerana dasar negara mereka membenarkan rakyatnya mempunyai dua kewarganegaraan lain sama ada Russia, Moldova atau Ukraine yang sekurang-kurangnya membantu mereka merentasi sempadan.

Transdniestria dalam pada itu mengamalkan kebebasan beragama kepada rakyatnya. Majoriti penduduk negara itu mengamalkan agama Kristian Ortodoks dan cuma 4% mengamalkan Roman Katolik.

Walaupun mengamalkan kebebasan beragama, kerajaan Transdniestria menyokong penyebaran Kristian Ortodoks di negara mereka dan sejak 2005 hingga kerap menggunakan kuasa birokrasi bagi menghalang penyebaran agama lain seperti Jehovah Witness dan Kristian Protestan di sana.

Terasingnya Transdniestria bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan Moldova telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Kesatuan Soviet. Transdniestria ketika itu, masih sebahagian dari Moldova dipenuhi dengan penduduk yang rata-rata setia kepada kerajaan Soviet.

Hasrat rakyat Transdniestria mengembalikan kepada Kesatuan Soviet tidak kesampaian apabila Kesatuan Soviet runtuh. Atas sebab itu, kerajaan Moldova membenarkan kuasa autonomi penduduk Transdniestria dalam bidang kuasa pentadbiran, lalu lahirlah negara Transdniestria, sebuah negara berdaulat tetapi tetap setia kepada negara Russia sehingga sekarang.

Sistem pendidikan di Transdniestria agak terhad dengan penumpuan kepada pembelajaran dalam bahasa Russia. Sekolah-sekolah yang tidak mahu menurut sukatan yang ditetapkan oleh kerajaan Transdniestria dan akan tutup selagi belum diluluskan oleh pihak berwajib.

Tidak banyak kebebasan diberikan pada pihak sekolah untuk membangunkan sendiri sistem kerana kerajaan Transdniestria mahu rakyatnya belajar menggunakan bahasa dan tulisan Russia sahaja berbanding bahasa lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...