Jika bulan lalu, taufan jebi telah memusnahkan Osaka Jepun. Minggu ini pula, Sulawesi Indonesia juga dilanda bencana alam iaitu gempa bumi dan Tsunami yang meragut ratusan nyawa.

Sumber: Al-Jazeera
Satu lagi khabar telah mengejutkan dunia apabila taufan Trami mula membadai pulau utama Jepun sabtu lalu hingga memaksa pembatalan dan pemberhentian sementara perkhidmatan penerbangan dan kereta api.

Sumber: Weather.com
Hujan dan angin ribut yang berkelajuan hampir 100mph disebabkan oleh taufan Trami telah membadai Wilayah Wakayama di Pulau Honshu.
3.7 juta orang telah diminta untuk meninggalkan rumah mereka di 19 buah wilayah termasuk Osaka dan Miyazaki.
Selain itu, bekalan kuasa turut terputus di banyak tempat dan proses evakuasi sekali lagi dikuatkuasakan meskipun di kawasan yang baru saja dilanda Taufan Jebi bulan lalu.

Sumber: The National
Seorang wanita berusia 60-an hilang di Wilayah Miyazaki di Pulau Kyushu selepas dilaporkan jatuh ke saluran pengairan di sawah padi.
Sekurang-kurangnya 66 orang telah cedera dan orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah.
Lebih daripada 1,100 penerbangan telah dibatalkan, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka Bay, selatan Kyoto, telah menutup landasannya.
Trami merupakan taufan ke lapan menyerang Jepun sejak Julai lalu dan dikatakan terdapat ancaman pada minggu-minggu akan datang.
Sebelum ini, Trami telah membadai Pasifik Barat berhampiran Filipina menyebabkan kemusnahan hampir keseluruhan utara Filipina dan mengorbankan lebih kurang 100 nyawa.