Sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur akan dikenalkan dengan rekaan baru tren yang direka oleh syarikat automobil yang terkenal iaitu BMW.
Untuk memberi suasana yang menarik dalam senario pengangkutan awam di Malaysia, Kuala Lumpur telah memutuskan untuk berkejasama dengan anak syarikat BMW iaitu Designworks USA.
Dalam kenyataan oleh Designworks USA, rekaan tren ini diinspirasikan dari Kuala Lumpur dan panel dalaman pula diinspirasikan dari rekaan tradisional Malaysia.
Lampu LED biru gunakan pada keseluruhan gerabak termasuk lampu di bawah tempat duduk. Ia menampakan suasana yang lebih urban dan canggih.
Hampir keseluruhan gerabak dibuat dengan menggunakan bahan besi tahan karat, 95% boleh dikitar semula dan mesra kuasa.
Laurenz Scheffer, Presiden BMW kumpulan Designwork USA berkata:-
Ia simbol keyakinan diri, kepimpinan teknologikal, kemajuan dan keselamatan.
Sehingga 2017, Kuala Lumpur dijangka akan mempunyai 58 buah tren yang beroperasi.