Trailer Pertama Top Gun: Maverick, Tom Cruise Kembali Dengan Aksi Bahaya Memandu Pesawat Jet

Trending

Trailer Pertama Top Gun: Maverick, Tom Cruise Kembali Dengan Aksi Bahaya Memandu Pesawat Jet

Tom Cruise kembali sebagai Maverick, jurulatih pesawat yang kini mengajar anak kepada sahabatnya untuk menjadi juruterbang. Filem ini merupakan sekuel kepada filem pertama yang dikeluarkan pada tahun 1986 mengambil masa selama 34 tahun untuk disambung.

Di dalam trailer yang baru dikeluarkan ini, Tom Cruise yang berkhidmat hampir lebih tiga dekad berdepan dengan realitinya dimana dia masih berkhidmat sebagai kapten dan tidak dinaikkan pangkat.

Advertisement

Walaupun tidak banyak mengenai jalan penceritaan yang dikongsikan di dalam trailer ini, yang pastinya kita dapat lihat babak-babak aksi Tom Cruise memandu pesawat jet dengan aksi bahaya.

Untuk babak aksi ini, Tom Cruise yang memiliki lesen juruterbang sejak tahun 1994 itu memilih untuk memandu sendiri pesawat jet di dalam filem ini. Tetapi tidak untuk pesawat jet tentera kerana tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Tom Cruise yang membuat kejutan di Comic Con, San Diego semalam menayangkan buat pertama kali trailer filem Top Gun: Maverick di sana. Rata-rata peminat menantikan filem yang mengambil masa agak lama sebagai sekuel.

Filem Top Gun: Maverick akan mula ditayangkan pada Jun, 2020. Jadi untuk anda saksikan sekuel kepada filem Top Gun ini, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Marverick kembali beraksi!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...