Tragedi Pesawat Malaysia Yang Melanda Industri Penerbangan Negara – Bahagian 1

Trending

Tragedi Pesawat Malaysia Yang Melanda Industri Penerbangan Negara – Bahagian 1

Walaupun tragedi ini telah lama berlalu, namun sehingga kini masih memberi kesan di ingatan rakyat Malaysia terutama kepada keluarga mangsa.

Kami kongsikan tragedi yang pernah melanda industri penerbangan negara kita.

Advertisement

Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dan sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam. Ayuh doakan semoga segala kebenaran akan terungkai.

Tragedi “Double Six” 1976 di Sabah

Siapa sangka, apabila sebuah pesawat “GAF Nomad” yang berlepas dari Labuan pada 6 Jun 1976 untuk ke Kota Kinabalu telah menjadi satu titik hitam apabila 6 pemimpin Sabah yang disayangi rakyat dan lima penumpang lain.

Kapal tersebut telah terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Mangsa yang terlibat ialah:

1. Ketua Menteri Sabah Tun Mohammed Fuad Stephens
2. Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong
3. Setiausaha Menteri Kewangan,Datuk Wahid Peter Andu,
4. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Peter Mojuntin,
5. Menteri Kerja Raya dan Komunikasi, Datuk Chong Thain Vun
6. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Darius Binion.

Pada masa itu, pesawat kecil memang tidak memiliki kotak hitam yang fungsinya untuk merekodkan segala kejadian yang berlaku di dalam pesawat.

Namun begitu, saksi telah melihat pesawat itu seolah-olah berhenti secara tiba-tiba sebelum menjunam dan terhempas tepat pada 3:41 P.M, 6 Jun 1976.

Tanpa kotak hitam pesawat dan maklumat yang terlalu sedikit, pihak penyiasat terpaksa menghadapi banyak kesukaran untuk melakukan siasatan kemalangan pesawat yang telah meragut nyawa separuh daripada kabinet kerajaan Sabah pada ketika itu.

Pada hari kejadian, rombongan ini sebenarnya sedang menuju ke Kota Kinabalu untuk menandatangani perjanjian 10% hasil minyak yang akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Pada 28 Oktober 1976 lebih empat bulan selepas tragedi itu, siasatan rasmi punca kemalangan telah pun disiapkan tetapi malangnya penemuan itu tidak didedahkan kepada umum kecuali kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi Mohd Ali M. Sharif ketika di Parlimen.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen DAP dari Kinta, Mohd Ali berkata, penemuan tidak mendedahkan sebarang kesilapan teknikal atau sabotaj sebagai punca kepada nahas udara terbabit.

Pasukan penyiasat merumuskan kemalangan ini berpunca disebabkan oleh kesilapan manusia apabila pesawat yang sepatutnya hanya boleh memuatkan 6 penumpang telah di naiki oleh 11 orang.

Oleh itu, juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Ia juga mendedahkan bahawa ruang simpanan di belakang pesawat telah dimuatkan dengan barang-barang melebihi muatan maksimum.

Akibatnya, pesawat tersebut telah hilang kawalan ketika cuba untuk mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan terhempas.

Selain daripada keterangan di parlimen, memang tiada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Mungkin sebab itulah kes ini terus menjadi misteri dengan pelbagai teori telah menular dalam masyarakat Malaysia sehinggalah ke hari ini.

Sumber : sos cili, sayang sabah, variasi artikel di internet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...