Usaha pasukan penyelamat Rabat, Maghribi bagi menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 5 tahun dikenali sebagai Rayan Awram yang terperangkap dalam sebuah perigi selama lima hari berakhir dengan kekecewaan apabila si kecil itu dilaporkan meninggal dunia, sejurus selepas diselamatkan.
Perkara tersebut dilaporkan oleh laman berita Al-Arabiya sekitar pagi ini.
Rayan difahamkan telah dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan namun meninggal dunia selepas kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.
Menurut laporan, Rayan telah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.
Rayan unfortunately passed away. My thoughts and prayers go to his family and loved ones and all the kind souls who prayed for him and fought hard to save him.
??? ??? ???? ???? ???????#SaveRayan? ?#??????_????? pic.twitter.com/lS5la20xIs
— Waseem Lazkani (@waseem_lazkani) February 5, 2022
Dalam pada itu, Raja Maghribi, Raja Mohammed VI tampil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan di atas pemergian anak mereka.
Terdahulu, media sosial dibanjiri dengan tanda pagar #SaveRayan setelah si kecil itu dilaporkan terjatuh kedalam perigi itu ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa lalu.
Misi menyelamat tersebut mengalami kesukaran kerana lubang perigi itu semakin sempit ke bawah dengan kedalaman yang dianggarkan sekitar 30 hingga 35 meter.
Kejayaan menyelamatkan Rayan itu turut diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan dan juga dunia yang setia menanti perkembangan misi menyelamat tersebut.