Seperti yang diketahui umum, penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines kekal sebagai salah satu misteri penerbangan paling mengejutkan dalam sejarah dunia moden.
Pada 8 Mac 2014, pesawat yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang secara tiba-tiba daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kehilangannya mencetuskan pelbagai spekulasi, teori dan misi pencarian antarabangsa yang masih belum memberikan jawapan yang pasti sehingga ke hari ini.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial satu imej menyedihkan yang mempersendakan tragedi penerbangan MH370, satu tragedi yang sehingga kini masih meninggalkan luka mendalam buat rakyat Malaysia dan keluarga mangsa yang terlibat.
Gambar berkenaan memperlihatkan sebuah kotak mainan LEGO bertemakan ‘MH370’, namun apa yang mengejutkan ialah kotak itu hanya menampilkan gambar laut kosong serta label yang tertera ‘0 pieces’, seolah-olah menyindir misteri kehilangan pesawat berkenaan yang sehingga kini tidak menemui jawapan.
Lebih mengecewakan, rata-rata pengguna media sosial di ruangan komen turut mentertawakan meme tersebut tanpa memikirkan sensitiviti tragedi yang telah meragut 239 nyawa.
Paling senang untuk dibina, tapi bahagiannya susah nak dicari.
Bagi mereka, ia sekadar hiburan, sedangkan bagi rakyat Malaysia dan keluarga mangsa, ia adalah luka yang masih belum sembuh.
Sangat tidak sensitif. Bayangkan salah seorang daripada ahli keluarga awak ada dalam penerbangan itu.
Tindakan menyentuh isu ini dalam bentuk lawak bukan sahaja menyakiti hati keluarga mangsa, malah mencerminkan kurangnya empati dan rasa hormat terhadap tragedi yang membabitkan nyawa manusia.
Saya orang Malaysia dan ini sangat tidak kelakar.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.