Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi telah berkongsi mengenai keadaan ruang solat di salah sebuah kediaman mangsa kebakaran saluran paip gas yang mengakibatkan api marak tinggi baru-baru ini di Putra Heights.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, Najwan dilihat turun padang melawat lokasi kebakaran tersebut bersama beberapa anggota petugas lain.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah keadaan ruang solat di rumah berkenaan yang kekal tidak terjejas walaupun kediaman itu mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran.
Salah satu rumah yang terkesan dilaporkan mengalami kemusnahan yang agak serius.
Tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya.
Dalam perkongsian sama, Najwan turut menitipkan doa buat semua mangsa yang terlibat agar terus diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan berkaitan pemulihan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap amalan penghuni rumah tersebut yang diyakini menjadi asbab ruang solatnya terpelihara. Selain itu, ramai juga yang mengingatkan agar tidak lalai dalam menunaikan solat kerana ia merupakan tiang agama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.