Tragedi Kapal Selam Titan, Ini 5 Fakta & Teori Misteri Yang Mungkin Anda Tak Tahu

trivianara

Tragedi Kapal Selam Titan, Ini 5 Fakta & Teori Misteri Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Tragedi kehilangan kapal selam yang diberi nama Titan baru-baru ini telah  menemui titik noktah apabila ia dilaporkan musnah dan telah mengalami ‘letupan bencana’ di laut dalam sekaligus menyebabkan lima orang yang mengikuti ekspedisi itu meninggal dunia.

Kapal selam Titan kepunyaan syarikat OceanGate yang membawa lima orang pelancong itu terdiri daripada hartawan dan golongan profesional itu telah menuju ke laut dalam bagi tujuan melawat bangkai kapal mewah bersejarah Titanic yang terletak di laut atlantik.

Advertisement

Berita sedih mengenai tragedi itu kemudiannya menjadi tular dan beberapa fakta dan teori misteri telah timbul berkenaannya di media sosial. Antaranya..

Tak perlu pengesahan layak beroperasi

1. Pengendalian kapal selam Titan OceanGate tidak memerlukan pengesahan ‘layak beroperasi’ mahupun mengikuti piawaian mana-mana negara kerana ekspedisi ini berlaku di perairan antarabangsa.

Kenyataan risiko maut diulang 3 kali

2. Penumpang ataupun pelancong yang ingin menyertai ekspedisi ini perlu menandatangani borang di mana terdapat klausa yang mengesahkan mereka maklum mengenai keadaan kapal selam yang belum diuji dan disahkan mana-mana pihak selain boleh menyebabkan mereka maut dan mengalami kecederaan.

Kenyataan mengenai risiko maut itu diulang sebanyak tiga kali di muka surat pertama borang tersebut.

Ada kaitan dengan mangsa Titanic

3. Salah seorang yang maut, CEO Oceangate, Stockton Rush merupakan suami kepada Wendy Weil. Wendy pula mempunyai susur galur keturunan Isidor dan Ida Strauss.

Titan kapal selamSumber : Instagram  

 

Kalau korang nak tahu, Isidor dan Ida merupakan mangsa yang terkorban dalam tragedi RMS Titanic. Jika anda pernah melihat filem Box-Office itu, Isidor dan Ida adalah pasangan tua yang terbaring atas katil waktu kapal mula karam.

The Simpson dan teorinya

4. Rancangan kartun terkenal, The Simpson dikatakan meramal tragedi ini sebelum ia benar-benar berlaku di dunia nyata seperti dalam salah satu episod mereka.

Komen pengarah filem Titanic, James Cameron

5. Pengarah filem Titanic, James Cameron berasa sangat terkejut dengan tragedi tersebut kerana terlalu mirip dengan apa yang telah berlaku kepada kapal Titanic.

Saya tersentak dengan persamaan (kapal selam Titan) dengan kisah kapal Titanic, di mana kapten kapal telah diberitahu berulang kali mengenai kewujudan ais namun tetap melakukannya. Tragedi berulang.

Titan
2 years ago

Kapal Selam Lawat ‘Titanic’ Meletup, Semua Lima Penumpang Disahkan Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...