Tragedi FRU Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990

Trending

Tragedi FRU Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990

Kemalangan maut yang kini telah mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini seakan mengulangi duka lebih tiga dekat lalu.

Menurut Berita Harian, pada 28 Februari 1990, sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk menjalani latihan masa telah terlibat dalam satu nahas tragis di Kilometer 31, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Pahang.

Advertisement
kemalangan di karak 1990Sumber : The Patriot 

Kemalangan tersebut melibatkan 12 kenderaan dan mengakibatkan 11 anggota FRU dari Trup 4B terkorban.

Tragedi berlaku apabila trak yang membawa anggota FRU, yang merupakan kenderaan paling hadapan daripada lima kenderaan FRU telah dirempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan. Insiden itu juga mengorbankan empat orang awam.

Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah kegagalan brek bas, yang menyebabkan pemandu hilang kawalan semasa menuruni bukit.

Bas tersebut kemudian melanggar dua buah kereta sebelum bertembung dengan trak FRU.

kemalangan di karak 1990Sumber : Motorist.my 

Akibat hentaman kuat, trak FRU terperosok ke bawah bas, sebelum sebuah lori tangki minyak yang cuba mengelak turut menghentam bahagian belakang trak tersebut.

Dalam kejadian itu, lima anggota FRU maut di tempat kejadian, manakala enam lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah.

Mereka yang terkorban dalam insiden tragis itu ialah Koperal Mohd Hilmi Ismail, Koperal Saaid Hassan, Lans Koperal Shahimi Lazim, Lans Koperal Mohd Som Puteh, Konstabel Mohd Lazim Admin, Konstabel Abd Razak Sharif, Konstabel Wan Mazland Bidin, Konstabel Mohd Razali Bidin, Konstabel Mohd Samsudin Hamad, Konstabel Sazali Hussin, dan Konstabel Kok Kiong.

Kenderaan FRU Terlibat Kemalangan, 8 Anggota Disahkan Meninggal Dunia
5 hours ago

Kenderaan FRU Terlibat Kemalangan, 8 Anggota Disahkan Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...