Melalui perkongsiaan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Instagram, difahamkan salah seorang mangsa yang pesawat terhempas di Elmina baru-baru ini yang bernama Allahyarham ustaz Idris Abdol Talib @ Ramali tidak hangus terbakar.
Hal tersebut dikongsikan oleh ahli keluarga sewaktu mengendalikan jasad arwah.
Hanya pakaian saja yang terbakar. Almarhum merupakan seorang hafiz Al-Quran.
View this post on Instagram
Difahamkan, arwah meninggalkan balu serta tiga orang anak yang berusia 14 tahun, 10 tahun dan 54 hari.
Ahli keluarga Allahyarham turut sempat menyampaikan penghargaan serta terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam bantuan tragedi yang berlaku itu.
Sekadar info, pada Khamis lalu, pesawat yang sepatutnya mendarat pada pukul 2.48 petang dipercayai melencong sebelum hilang kawalan lalu terhempas di Elmina, Shah Alam.