Di pagi Selasa yang lepas, seperti biasa selepas bersarapan, Abang Nara pun bersiap-siaplah untuk pergi ke kerja. Selepas meletakkan sedikit gel di rambut untuk menambahkan kehenseman dan memakai minyak wangi Polo untuk menambah bau lelaki. Tahap kehenseman Abang Nara time tue lebih kurang seperti gambar di atas la. Dengan langkah yakin, Abang Nara melangkah ke kereta sport milik Abang Nara.
Tup-tup kereta sport ataupun Myvi hitam Abang Nara tak boleh start pulak. Aduh, parah nie. Nak emergency leave tak boleh sebab ada kerja penting kat ofis. Disebabkan kereta Ferrari yang ditempah tak sampai-sampai lagi, maka terpaksalah Abang Nara buat muka seposen mintak ayah Abang Nara hantar ke LRT Kelana Jaya. Dalam hati Abang Nara berkata:-
Disebabkan aku perasan handsome dan wangi hari ini, aku nak ngorat mana-mana awek LRT yang ada nanti
Dengan semangat yang berkobar-kobar, Abang Nara membeli tiket LRT untuk ke ofis. Niat nak mengorat awek ditanam di dalam benak hati, tapi rupa-rupanya bukan awek yang Abang Nara jumpa. Abang Nara terjumpa 4 makhluk yang sangat aneh di LRT Kelana Jaya. Sempat jugaklah Abang Nara curi-curi tangkap video diorang.
4 maskot ini memang sangat aneh tetapi mereka juga tersangatlah comel. Ada bentuk kacang merah, ada bentuk segiempat Caramel Toffee, ada bentuk jagung dan ada bentuk tembikai. Masa 4 maskot ini berkeliaran di sekitar LRT Kelana Jaya, semua orang dah buat muka pelik dan kehairanan. Mula-mula semua orang takut-takut nak pergi dekat dengan 4 maskot nie, tapi last-last siap ada yang request nak tangkap gambar lagi. Mentang-mentanglah 4 maskot ini tersangat comel.
Abang Nara terperasan ada seorang budak perempuan comel yang sedang minum susu sampai berhenti minum susu dan mintak mak dia tolong ambilkan gambar dengan 4 maskot comel nie. Dan paling tak boleh tahan, Abang Nara sempat berborak dan bertanya kat orang sekitar LRT Kelana Jaya tentang motif 4 maskot ini berkeliaran kat situ. Sumpah misteri gila.
Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak, Abang Nara pun memberanikan diri dan bertanya dari mana datangnya 4 maskot ini kepada maskot berbentuk jagung. Tapi dia buat tak tahu je dengan soalan Abang Nara. Selepas membuat aksi comel, si maskot jagung berlalu tanpa memberikan apa-apa jawapan. Paling tak boleh blah apabila maskot tembikai cuba nak try masuk LRT tapi melekat sebab tinggi sangat. Time tue semua orang gelak tak ingat melihat kecomelan dan kecutean 4 maskot nie.
Kalau korang ada ternampak mana-mana mascot macam gambar dan video di atas, tolong bagitau Abang Nara jugak ye. Dengar cerita daripada kawan-kawan Abang Nara, diorang ada ternampak makhluk yang sama masa berjogging kat Taman Tasik Perdana baru-baru nie. Korang ada terjumpa tak?