Tragedi Berkhatan Laser : Kepala Alat Sulit Budak Lelaki 10 Tahun Terpotong

Trending

Tragedi Berkhatan Laser : Kepala Alat Sulit Budak Lelaki 10 Tahun Terpotong

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terputus kemaluan ketika berkhatan di sebuah klinik di Cheras, Selasa lalu, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian berlaku pada jam 8.20 malam itu, mangsa dikatakan berkhatan menggunakan kaedah laser, namun doktor berpengalaman berusia lewat 40’an itu secara tidak sengaja ‘terlebih potong’ kemaluan mangsa sehingga ke bahagian kepala kemaluan.

Advertisement

“Susulan kejadian itu, doktor berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

“Pihak HCTM kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL dan dilaporkan stabil,” kata sumber polis.

Ekoran kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di selepas mendapat saranan dari pihak hospital kerana terdapat unsur kecuaian.

Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati doktor berkenaan mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan polis selepas kejadian itu.

“Semakan mendapati, klinik tesebut masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...