Pastinya semua masih ingat kemalangan yang meragut nyawa melibatkan lapan remaja yang membawa basikal lajak. Pemandu wanita berusia 24 tahun, telah ditahan susulan kejadian yang berlaku pada tahun 2017 itu.
Setelah hampir dua tahun, semalam Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membebaskan Sam Ke Ting selepas didapati tidak bersalah. Beliau bebas dari segala pertuduhan dan wang jaminan sebanyak RM10,000 dan lesen memandu dikembalikan.
“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.”
“Kami terkilan kerana tidak dimaklumkan dan hanya mengetahui keputusan sudah dijatuhkan mahkamah melalui FB.”
Saya pelik, minggu lalu kami ada hubungi peguam untuk mengetahui perkembangan tetapi dimaklumkan belum ada keputusan berhubung kejadian, malah hanya sekali saya dipanggil ke mahkamah pada tahun lalu dan itu saja prosiding mahkamah diikuti
Susulan keputusan mahkamah, rata-rata netizen bersetuju dengan pembebasan pemandu tersebut. Ini semua kerana segala bukti dan keterangan yang ada, memang jelas beliau tidak bersalah.
“Pengajaran untuk mak bapak abang kakak etc. Tengoklah dimana anak-anak adik beradik berada di kala malam.”
“Dengan?????? ?itu, tertuduh mesti dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,”
Pengajaran untuk mak bapak abang kakak etc. Tengoklah dimana anak-anak adik beradik berada di kala malam.#DalamKamar pic.twitter.com/4ynx0y8un5
— MohdFaizalHassan (@f4izalhassan) October 28, 2019
Jalan tu memang jalan aku balik kerja. Dulu 3am memang 20-30 orang budak main basikal lajak. Dari petronas Lingkaran Dalam, turun sampai ke traffic light nak ke dataran. Kawasan tu memang agak malap dan berbukit. So aku setuju dengan keputusan pihak mahkamah.
— AmnSyfq (@amnsyfq__) October 28, 2019
Sepanjang perbicaraan bermula pada Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamah. Lapan buah keluarga ini turut diwakili oleh tiga orang peguam.
Sumber: Harian Metro