Trafik Sesak, Warga Kota Berpusu-Pusu Balik Kampung Hantar Anak & Isteri Sebelum PKPB

Trending

Trafik Sesak, Warga Kota Berpusu-Pusu Balik Kampung Hantar Anak & Isteri Sebelum PKPB

Jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai kini dilihat seperti musim perayaan apabila warga kota khabarnya berpusu-pus melaluinya untuk pulang ke kampung halaman.

Ia merupakan langkah yang diambil oleh segelintir pihak sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19 di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai tengah malam ini.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, rata-rata individu yang terlibat mendakwa, mereka terpaksa menghantar anak dan isteri ke kampung untuk mengelak sebarang kerumitan sepanjang tempoh PKPB.

Hal ini demikian kerana, lapor seorang penjawat awam di Kuala Lumpur, Zainal Abidin Sulaiman berkata, beliau lebih selesa tinggal seorang diri sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan.

“Kalau tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, tidak bimbang sangat, malah saya boleh bergerak persendirian ke mana sahaja dengan mematuhi PKPB serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan, PKPB akan dilaksanakan di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai 12.01 tengah malam ini hingga 27 Oktober, dan rentas daerah tidak dibenarkan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...