TrackR ; Peranti Kecil Yang Membolehkan Anda Mengesan Kenderaan Dengan Menggunakan Smartphone

Trending

TrackR ; Peranti Kecil Yang Membolehkan Anda Mengesan Kenderaan Dengan Menggunakan Smartphone

Pernah anda mempunyai pengalaman di mana lupa akan lokasi kenderaan yang diparkir ketika keluar pergi membeli-belah? – lebih-lebih lagi di kompleks beli-belah. Mesti gemuruh sebentar kerana ingat kereta telah dicuri kan?

Advertisement

Pemasangan sistem GPS bagi mengesan lokasi kereta juga adalah sangat mahal dan bayaran yuran langganannya juga menjadi sebab kenapa ramai tidak memasang kerana tidak mahu menambah komitmen bulanan yang sudah sedia ada.

Sebuah syarikat yang berpusat di California baru-baru ini telah mencipta sebuah alat peranti kecil yang mampu mengesan lokasi kenderaan anda tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Bagi mengaktifkannya, selain alat peranti itu sendiri, hanya smartphone sahaja yang diperlukan.

Peranti yang mempunyai saiz lebih kurang duit syiling 50 sen ini diberi nama TrackR dan ianya mampu mengubah gaya kehidupan anda bagi mengesan barang-barang yang penting di dalam kehidupan seharian anda.

Penggunaanya pun sangatlah mudah. Ada hanya perlu memuat turunkan aplikasi percuma TrackR ke dalam smartphone, sambungkan aplikasi tersebut dengan smartphone dan anda sudah sedia untuk menggunakannya. Proses ini hanya mengambil masa selama kurang dari 5 minit sahaja.

Selain daripada digunakan untuk mengesan lokasi kenderaan, ianya juga dapat digunakan bagi mengesan barang-barang seperti beg bimbit, kunci, dompet dan sebagainya.

Harga bagi sebiji alat peranti ini hanyalah serendah 29usd (RM118) dan ianya boleh didapati di laman web TrackR sendiri. Selain itu, ianya juga ada terjual di laman jualan online seperti Amazon.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 4.5 juta unit telah terjual serata dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...