Tracie Sinidol, Mira Filzah Diminta Buat Ujian DNA, Wajah Terlalu Seiras

Hiburan

Tracie Sinidol, Mira Filzah Diminta Buat Ujian DNA, Wajah Terlalu Seiras

Memiliki rupa paras yang dikatakan seiras, pelakon sedang meningkat naik, Tracie Sinidol, mendedahkan bahawa ada peminat yang mencadangkannya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui sama ada dia mempunyai pertalian darah dengan aktres Mira Filzah.

Tracie, 23, menganggap permintaan itu sekadar gurauan daripada peminat yang teruja melihat persamaan antara dirinya dan Mira.

Advertisement

Ada yang tanya saya, tak mahu ke buat ujian DNA dengan Mira? Manalah tahu ada kena mengena.

Saya cuma jawab, asal-usul kami berbeza dan memang mustahil sebab ibu bapa kami berdua orang berbeza.

“Mereka cakap mungkin kami kembar terpisah tetapi saya tak ambil hati dan anggap semua itu seperti satu jenaka,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan episod akhir Gadis Masa baru-baru ini.

Disebabkan sering dibandingkan, bekas juara Dewi Remaja 2021/2022 itu mengakui ada ketikanya dia juga keliru antara suaranya dan Mira.

Namun, Tracie menegaskan bahawa dia tidak pernah merasa bosan apabila wajahnya dikatakan menyerupai Mira, sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu rezeki.

Adakalanya suara pun sama. Sampai saya sendiri keliru dengan suara kami ketika tengok video TikTok. Ingatkan suara saya tetapi Mira.

Orang kata kalau saya memakai tudung, wajah memang akan 100 peratus sama tetapi hakikatnya tidak.

Kalau saya tak pakai tudung, lebih mirip berbanding berhijab. Itu yang kami perasan ketika membuat konten promosi untuk tudung jenama Mira.Saya tidak bosan tetapi anggap semua itu komen positif dan rezeki dalam bidang seni.

Sebelum ini, ketika dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2021/2022, Tracie pernah menyatakan hasratnya untuk membina identiti sendiri dan tidak mahu berada di bawah bayangan populariti Mira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Enot kurus
1 hour ago

"Macam Melly Goeslaw" - Perubahan Berat Badan Enot Jadi Tumpuan Ramai, Amal Senaman Dan Sauna Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...