TPM Nasihat Pasukan HM4P Pulang Dulu Ke Malaysia

Trending

TPM Nasihat Pasukan HM4P Pulang Dulu Ke Malaysia

Bermula 19 Jun lalu, seramai lima anggota “Humanitarian Mission 4 Palestine” (HM4P) telah berlepas ke Jordan untuk misi kemanusiaan di Al-Quds dan Gaza.

Diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, misi selama dua minggu itu bertujuan untuk menyatakan solidariti rakyat Malaysia dan UMNO kepada warga Palestin.

Advertisement

Terbaru, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi video konferensi bersama HM4P menasihati pasukan itu untuk pulang dahulu ke Malaysia berikutan keadaan Gaza yang tidak menentu. Difahamkan pasukan tersebut sekarang ini berada di Kaherah, Mesir.

“Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, setiap orang ada pengorbanannya, di dalam pengorbanan juga pasti ada ujiannya.

Menurut beliau, pasukan itu akan dibenarkan semula ke Gaza apabila keadaan di sana kembali stabil. Ujar beliau lagi, di sebalik pengorbanan seseorang pasti ada ujian yang perlu dihadapi. Namun, Allah SWT pasti lebih mengetahui segala pengorbanan yang telah dilakukan mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...