Toyota Vellfire, Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tertinggi

Trending

Toyota Vellfire, Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tertinggi

Bakal masuk ke tahun baru 2020 esok, semestinya harus ada pembaharuan. Begitulah juga dengan kerajaan terkini yang memilih dua “jentera” hebat iaitu Toyota Vellfire dan Honda Accord sebagai kenderaan rasmi menteri dan pegawai tertinggi.

Menerusi laporan Malay Mail, kerajaan memerlukan sebanyak 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan serta 3,000 unit Honda Accord juga diperlukan untuk digunakan oleh pegawai-pegawai kerajaan. Difahamkan, kesemua kenderaan ini juga akan ditukar setiap empat tahun.

Advertisement

honda accord kenderaan rasmi menteri

Bukan itu sahaja, kerajaan juga bercadang untuk menggunakan kenderaan tempatan iaitu Proton Persona dan Proton Saga sebanyak 8,000 unit untuk kegunaan jabatan-jabatan kerajaan.

Kontrak baharu kenderaan ini dibuka semula, selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat hujung tahun ini. Ia hanya akan diguna pakai selama 15 tahun sahaja dan membabitkan 12,500 kenderaan yang bernilai RM300 juta setahun.

proton sagaNampaknya tidak lama lagi, kita akan melihat menteri kita menaiki kenderaan mewah tersebut dengan penuh gaya sesuai dengan jawatan mereka. Namun, pada pendapat kami mungkin mereka boleh utamakan kenderaan tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti Proton Perdana ataupun Proton X70 untuk kenderaan rasmi. Dapatlah jimat kos dan peruntukan yang ada boleh disalurkan untuk membangunkan lagi ekonomi  serta membantu rakyat yang memerlukan. 

Sumber Berita : Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...