Toyota Perkenalkan Vios Generasi Baru Dengan Rekaan Lebih Gempak, Harga Bermula Dari RM77,200

Trending

Toyota Perkenalkan Vios Generasi Baru Dengan Rekaan Lebih Gempak, Harga Bermula Dari RM77,200

Sejak model pertama dilancarkan sekitar tahun 2003, Toyota Vios menjadi antara model sedan paling popular. Semalam, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah melancarkan Vios generasi baru secara rasmi dengan rekaan lebih gempak dan menawan untuk pasaran tempatan.

Advertisement

Model Vios terbaru ini hadir dengan lima pilihan warna iaitu biru dan merah metalik, hitam, perak dan putih.  Sebanyak tiga varian ditawrkan iaitu 1.5J, 1.5G dan 1.5E.

Katanya, bukan sahaja berwajah baharu tetapi pemandu akan dapat merasakan perbezaan yang cukup berbeza semasa pemanduan. Pelbagai penambahbaikan lain yang menjadikannya lebih seronok dan selamat dipandu.

Untuk pasaran tempatan sahaja, ia dilengkapi dengan empat silinder 1.5L DOHC 16 injap yang mampu menjimatkan dan menjana 107PS pada 6 000 rpm dan 140Nm tork pada 4 200 rpm dengan Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan dengan mod Sport Sequential Shiftmatic.

Ketiga-tiga model J, G dan E menerima tujuh beg udara, Lampu Nyalaan Siang (DRL), Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan cagak ISOFIX.

Ciri standard lain ialah stereng kuasa elektrik (EPS), sistem kemasukan tanpa kunci (Push Start), butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik dan sensor parkir belakang selain Bantuan Mula Mendaki (HSA) serta sistem peninjau titik buta dan Rear Cross Traffic Allert (RCTA) sebagai ciri standard untuk varian E dan G.


Harga yang ditawarkan untuk Vios serba baharu ini ditawarkan dengan harga RM77,200 bagi varian J, RM 81,200  varian E dan RM87,300 untuk varian G.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Auto World, Carlist & FB Toyota Malaysia

Video : Toyota Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...