Boleh dikatakan hubungan percintaan personaliti media sosial, Ameera Khan dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol sering menjadi perhatian ramai susulan selalu berkongsikan kemesraan serta kebahagiaan di laman media sosial.
‘Saya serius bersama Ameera..’
Terbaru, melalui platform TikTok, tular sesi temubual Jefri di dalam sebuah channel podcast Indonesia, di mana ketika itu hos bertanyakan tentang bertapa serius aktor itu bersama Ameera.
Jawapan yang diberikan oleh Jefri sememangnya membuatkan ramai pihak tersentuh kerana dia kelihatan betul-betul ikhlas bersama dengan adik Neelofa.
Total pernah bercinta dengan enam orang, tapi sekarang memang sudah serius bersama Ameera.
@obrolanpodcast Jefri Nichol serius menjalani hubungan dengan Ameera |sc: Yt CURHAT BANG Denny Sumargo| #jefrinichol #serius #hubungan #ameerakhan #pacaran ♬ suara asli – OBROLAN PODCAST🎙
Akui Ameera wanita yang baik
Apabila ditanya kenapa memilih untuk serius bersama Ameera, Jefri mengakui bukan saja model itu baik, bahkan keluarganya juga terlalu baik kepada dirinya.
Dalam pada itu, Jefri turut berkongsikan momen-momen pertama dia mengenali Ameera, di mana ketika itu wanita tersebut mendapat tempat pertama dalam Top 10 Most Beautiful Woman In Malaysia.
Dia nombor satu, lepas tu saya stalk Instagram dia dan nampak dia ada post story tentang ayat Al-Quran, lepas tu saya reply.
Sekadar info, percintaan Ameera dan Jefri difahamkan mula terjalin pada awal tahun 2024.