TOPGIRL – Syurga Pakaian Wanita

Hiburan

TOPGIRL – Syurga Pakaian Wanita

Baru-baru ini, Abang Nara dan family kakak ipar telah pergi jalan-jalan di Jalan TAR. Memang sengaja tak bawa wife sebab ingat nak beli something untuk suprisekan dia. Jalan punya jalan, Abang Nara ajak kakak ipar singgah di TOPGIRL.

topgirl

Advertisement

TOPGIRL ialah syurga pakaian bagi wanita. Ada blouse, cardigan, jubah, skirt, kemeja dan macam-macam lagilah. Akak ipar Abang Nara terus rambang mata dibuatnya. Memang banyak sungguh pilihan yang ada. Paling penting, kain yang digunakan bermutu tinggi dan mengikut trend terkini.

topgirlTerus Abang Nara terfikir untuk belikan sehelai dua baju untuk wife yang tercinta. Nasib baiklah ada akak ipar dan sepupu untuk tolong Abang Nara buat pilihan. Kalau Abang Nara yang pilih, satu kedai jugak Abang Nara beli. Kesemuanya cantik-cantik belaka.

topgirlKemesraan pekerja-pekerja TOPGIRL melayan membuatkan kami berasa lebih gembira bershopping. Tanya banyak-banyak pun mereka tetap jawab dengan senyuman. Patutlah TOPGIRL berjaya bertahan daripada tahun 1989 sehingga sekarang. Harganya sangat berbaloi, saiz daripada S ke XXXXXL dan setiap minggu, ada produk baru yang akan tiba.
topgirlMenarik kan baju di dalam gambar di atas? Itu baru 8 je daripada ratusan koleksi yang mereka ada. Butik TOPGIRL di SEMUA House memang besar. TOPGIRL juga dah bukak outlet barunya di Tingkat Satu Aeon Bandaraya, Melaka. Abang Nara paling suka koleksi TOPGIRL sebab bajunya tak terlalu ketat dan nampak selesa dipakai. Memang sesuai untuk kaum Muslimah.
topgirl

Yang menariknya, TOPGIRL memang sudah ada pelanggan setia. Dulu masa kecil pelanggan-pelanggan ini ikut mak ayah diorang datang ke TOPGIRL, kini apabila dewasa, mereka pula bawa anak mereka ke TOPGIRL. Kata orang, kalau datang KL tak singgah sebentar di TOPGIRL memang tak lengkap.
topgirlKalau anda tak sempat singgah ke outlet TOPGIRL, boleh layari www.topgirl.com.my untuk membuat pembelian secara online. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2 hari untuk Semenanjung Malaysia. Wife Abang Nara pun tengah sibuk mengushar blouse yang boleh dibeli kat situ. Banyak yang menarik katanya. Terima kasih TOPGIRL kerana memberi lebih banyak pilihan untuk wanita-wanita Malaysia!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...