Topeng Muka Terpakai Dijemur Untuk Dijual Semula, Netizen Saran Koyak Topeng Muka Sebelum Dibuang

COVID-19

Topeng Muka Terpakai Dijemur Untuk Dijual Semula, Netizen Saran Koyak Topeng Muka Sebelum Dibuang

Malaysia kini mencatatkan peningkatan yang drastik untuk kes COVID-19 dengan jumlah terkini 428 kes keseluruhan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan semalam terdapat 190 kes baru yang direkodkan menjadikan Malaysia adalah negara dengan kes tertinggi di Asia Tenggara.

Baca: COVID-19: Yusof Al-Qaradawi Gesa Masjid Di Seluruh Dunia Tangguhkan Solat Jumaat

Advertisement

Dengan peningkatan mendadak ini, orang ramai kini semakin terdesak ingin mendapatkan bekalan topeng muka dan hand sanitizer untuk perlindungan diri. Tetapi dalam situasi begini, ada juga beberapa individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan.

“Kalau nak buang mask ada eloknya koyakkan terus masuk tong sampah. Kalau tak buat macam tu kau tengok lah orang kutip lepastu jemur balik dan jual.”

Berikutan stok yang semakin terhad, ada pihak yang sanggup mengitar semula topeng muka terpakai untuk dijual. Melalui perkongsian di Twitter ini, topeng muka yang dipercayai sudah digunakan ini dijemur dengan jumlah yang banyak untuk dijual semula.

Ini bukan sahaja akan membahayakan pembeli yang terpedaya dengan membelinya malah risiko untuk wabak COVID-19 berjangkit juga tinggi. Malah beberapa netizen yang lain turut menasihatkan untuk mengoyakkan topeng muka yang sudah dipakai supaya tidak dikitar semula pihak tidak bertanggungjawab.

“Koyakkan topeng muka sebelum buang.”

Orang ramai turut nasihatkan untuk tidak membeli topeng muka daripada sumber yang tidak dipercayai. Pada masa sekarang, ramai yang menjual topeng muka di laman Facebook tanpa diketahui sumber asal stok yang diterima. Sehinggakan, ada yang menjualnya pada harga yang sangat tinggi.

topeng muka

Kes yang sama turut berlaku di Thailand sebelum ini apabila sebuah kilang ‘kantoi’ menjual semula topeng muka terpakai. Kilang tersebut telah mengasingkan topeng muka dengan kuantiti yang banyak dan menggunakan sterika untuk menampakkan ianya seperti topeng muka yang baru.

Artikel berkaitan: Kilang Di Thailand ‘Kantoi’ Seterika Semula Topeng Muka Terpakai Untuk Dijual Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...