Topeng Muka Kehabisan Di China, Wanita Pakai Kostum Zirafah Untuk Berlindung Dari Covid-19

Trending

Topeng Muka Kehabisan Di China, Wanita Pakai Kostum Zirafah Untuk Berlindung Dari Covid-19

Satu dunia ketakutan dengan coronavirus, tetapi di China, di mana epidemik itu berasal, orang ramai melaksanakan langkah pencegahan untuk mengelakkan dari dijangkiti virus itu, walaupun nampak kelakar.

Sorang wanita China yang hanya dikenali dengan nama Cik He menjadi tular baru-baru ini kerana dirakamkan dalam video datang ke hospital di Luzhou, China di wilayah Sichuan, dalam kostum luar biasa–iaitu kostum zirafah gergasi boleh kembung.

Advertisement

Dalam klip video pendek yang dimuat naik ke platform video China, Pear Video, dia dilihat berjalan di kalangan orang ramai dalam kostum plastik warna coklat yang pelik, dengan satu tingkap filem plastik yang lutsinar untuk melihat.

Ditanya mengapa dia mengenakan kostum parti itu, Cik He mengatakan sebagai ahli paling kuat dalam keluarga, menjadi tanggungjawabnya untuk melawat hospital di mana ayahnya sering mendapatkan rawatan pernafasan sebelum wabak coronavirus merebak.

Dia sering bertanya kepada doktor mengenai keadaan ayahnya ketika doktor membuat pemeriksaan maya melalui kamera sesawang.

Dia mengenakan topeng muka yang ada di rumahnya. Tetapi bimbang ia tidak cukup untuk melindungi dirinya, dia turut dia mengenakan kostum kuda belang plastik itu juga.

Bercakap mengenai topeng perubatan yang dipakainya (yang sebenarnya sudah luput tarikh pada tahun 2017):

Dah lama saya pakai topeng ini. Sekarang tiada stok topeng yang dijual.

Dirakam oleh staf hospital dalam kostum luar biasa, Cik He bergerak bebas dalam hospital sambil melemparkan senyuman buat sesiapa yang dilihatnya, menyebabkan mereka tersenyum saat mereka memerlukan sesuatu yang positif dalam hidup mereka. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...