Written by Bella | December 26th, 2017

Beberapa hari lagi tahun 2017 akan melabuhkan tirainya. Tahun ini kita telah menyaksikan ramai selebriti yang berkahwin bersama cinta hati mereka.

Bila bercerita bab perkahwinan selebriti, pasti ia akan mendapat perhatian ramai khususnya peminat fanatik mereka. Tentu sekali kisah cinta dan kemeriahan disebalik sesebuah majlis perkahwinan antara faktor yang membuatkan ia menjadi  sensasi.

Berikut kami sertakan lima perkahwinan selebriti paling sensasi 2017 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

FATTAH AMIN & FAZURA

Kisah cinta Fattah Amin dan Fazura sememangnya menjadi kejutan buat kita semua. Siapa sangka,  gandingan mereka dalam drama Hero Seorang Cinderella menimbulkan bibit percintaan dan akhirnya ke jenjang pelamin.

Fattah dan Fazura sah mengikat tali pertunangan beberapa hari sebelum mereka mengerjakan ibadah umrah bersama. Majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup pada 27 November lalu di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Kini mereka sedang menikmati percutian bulan madu di beberapa buah negara Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN : Fattah Amin Dan Fazura Sah Sudah Nikah Sebentar Tadi

IZREEN AZMINDA & UDE WAHID

Memuat naik kapsyen sedang bahagia dan foto merangkul lengan seorang lelaki, pelakon Izreen Azminda mencetuskan kontroversi apabila beliau mengakui sudah berkahwin secara senyap dengan pemuzik bernama Ude Wahid yang berstatus suami orang pada 8 Ogos lalu.

Izreen dikecam hebat oleh netizen kerana perkahwinannya itu tidak diketahui oleh isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.

ARTIKEL BERKAITAN : Izreen Azminda Sahkan Sudah Bernikah Dengan Pemuzik Di Damansara Ogos Lepas

LAUDYA CYNTHIA BELLA & ENGKU EMRAN

Bercinta selama lima bulan selepas diperkenalkan oleh Nora Danish, pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu.

Perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada pihak media Malaysia serta Indonesia. Kini, mereka semakin bahagia bersama dan ada khabar angin mengatakan Bella sudah berbadan dua.

ARTIKEL BERKAITAN : (13 GAMBAR)Sekitar Pernikahan Engku Emran & Laudya Cynthia Bella

IZARA AISHAH & ADIB KHALID

Tiga tahun menyulam cinta, pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid sah menjadi suami isteri pada 18 November lalu dalam satu majlis yang diadakan di Damansara.

Antara yang menjadi bualan pada perkahwinan mereka ialah “veil” Izara yang dikecam seperti kain alas meja dan tidak sesuai dengan Izara.

ARTIKEL BERKAITAN : Kerudung Pernikahan Izara Aishah Rekaan Datuk Rizalman Dikritik Netizen

NORA DANISH & NEDIM NAZRI

Selepas sering menampilkan aksi mesra bersama dan berkongsi kisah cinta mereka kepada umum, pelakon Nora Danish yang sudah lapan tahun bergelar janda akhirnya bernikah dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Majlis pernikahan mereka mencetuskan kontroversi apabila busana Nora dikatakan agak seksi serta aksi cium mulut pasangan berkenaan di depan khalayak ramai selepas selesai majlis akad nikah.

ARTIKEL BERKAITAN : Aksi Cium Mulut Nora Danish Dan Nedim Nazri Selepas Akad Nikah Dikecam

38 responses to Top 5 Perkahwinan Selebriti Paling Sensasi 2017

  1. Anonymous says:

    Ini ke yang top 5? boringggg

    8

    3
  2. Anonymous says:

    Fattura laaaa…yg lain tu gedik je lebih.

    16

    1
  3. Anonymous says:

    2 hari lepas terjumpa Nedim dan Nora Danish di Bukit Bintang. Ya rabbi berlagaknya..dgn bodyguard pelbagai. Perasannya u ols muka sekor2 ketat mcm top star..nyampah habis org2 tengok.

    50

    0
  4. Gia says:

    Alamak…perampas suami org pun Top 5? Bluek sgt senarai ni!!!

    16

    0
  5. Anonymous says:

    Next year…Sajat!!! Lol

    7

    0
  6. Anonymous says:

    Nedim-Nora..mcm kereta recond punya couple. Huhuhu

    17

    0
  7. Bedah says:

    Faz dan Fattah larrr. Yng lain ..why bother?!!!!

    31

    0
  8. Anonymous says:

    Harap peminat Lopak boleh kawal emosi…. :)))

    15

    1
  9. kak mah kebabom says:

    Eh budak hapiz ngan joiyah tk masuk top 5..pdhal sensasi jugak walaupun sekojap..riuh dari Malaysia sampai ke Siam depa punya penangan

    12

    1
  10. hahaha says:

    Pic no 1 paling sweet..no 2 paling meluat..no 3 paling sopan..no 4 paling keras-kejung..dan no 5 paling geli euww..

    21

    1
  11. Anonymous says:

    Hapit Hamidon mana? Paling hot kot..dgn Joyah

    3

    2
  12. Anonymous says:

    Fattah-Fazura…sbb pandai menjaga hubungan!

    21

    1
  13. Anonymous says:

    Tahun depan si Lopak…her biological is panicking!!!

    1

    1
  14. Jenab says:

    No 5 tu siap berkissing..boleh belah la woi.

    9

    0
  15. melati says:

    Tahun Depan , Neelofa kawin gan Rani Kulop..!!! tu jer taraf Neelofa… kalau kt Negara CHINA ni umoq dh 34 , mereka antor Kebun jer ..hmmmmmmmmm

    2

    2
  16. peminat melati says:

    melati i like all ur comments… u re so funny

    2

    4
  17. anon says:

    yg uda n izreen gedik tu termasuk tu kenapa
    ehh comeonlah ..izren tu bini no 2 je kottt
    apa pulak bini 1st dia rasa
    nth apa2 lah ..

    5

    0
  18. Anonymous says:

    Dah nama pon perkahwinan paling sensasi…

    1

    0
  19. Anonymous says:

    Bodoh peminat fattzura sikit2 nak kait lofa.

    3

    4
  20. No name says:

    Vote for hafiz – joy rempah… Perkahwinan singkat paling kontroversi…

    4

    0
  21. Anonymous says:

    fattah – amin… pandai berahsia hubungan & menjaga adab smpi kawin baru kepit2… jgn jadikan kakak lofa contoh sudeh.. puas dah sondol2 buah daderrrr baru lah kawin… dulu manis lepas kawin masam…

    5

    1