Beberapa hari lagi tahun 2017 akan melabuhkan tirainya. Tahun ini kita telah menyaksikan ramai selebriti yang berkahwin bersama cinta hati mereka.
Bila bercerita bab perkahwinan selebriti, pasti ia akan mendapat perhatian ramai khususnya peminat fanatik mereka. Tentu sekali kisah cinta dan kemeriahan disebalik sesebuah majlis perkahwinan antara faktor yang membuatkan ia menjadi sensasi.
Berikut kami sertakan lima perkahwinan selebriti paling sensasi 2017 dengan membaca entri ini sepenuhnya.
FATTAH AMIN & FAZURA
Kisah cinta Fattah Amin dan Fazura sememangnya menjadi kejutan buat kita semua. Siapa sangka, gandingan mereka dalam drama Hero Seorang Cinderella menimbulkan bibit percintaan dan akhirnya ke jenjang pelamin.
Fattah dan Fazura sah mengikat tali pertunangan beberapa hari sebelum mereka mengerjakan ibadah umrah bersama. Majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup pada 27 November lalu di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Kini mereka sedang menikmati percutian bulan madu di beberapa buah negara Eropah.
ARTIKEL BERKAITAN : Fattah Amin Dan Fazura Sah Sudah Nikah Sebentar Tadi
IZREEN AZMINDA & UDE WAHID
Memuat naik kapsyen sedang bahagia dan foto merangkul lengan seorang lelaki, pelakon Izreen Azminda mencetuskan kontroversi apabila beliau mengakui sudah berkahwin secara senyap dengan pemuzik bernama Ude Wahid yang berstatus suami orang pada 8 Ogos lalu.
Izreen dikecam hebat oleh netizen kerana perkahwinannya itu tidak diketahui oleh isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.
ARTIKEL BERKAITAN : Izreen Azminda Sahkan Sudah Bernikah Dengan Pemuzik Di Damansara Ogos Lepas
LAUDYA CYNTHIA BELLA & ENGKU EMRAN
Bercinta selama lima bulan selepas diperkenalkan oleh Nora Danish, pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu.
Perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada pihak media Malaysia serta Indonesia. Kini, mereka semakin bahagia bersama dan ada khabar angin mengatakan Bella sudah berbadan dua.
ARTIKEL BERKAITAN : (13 GAMBAR)Sekitar Pernikahan Engku Emran & Laudya Cynthia Bella
IZARA AISHAH & ADIB KHALID
Tiga tahun menyulam cinta, pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid sah menjadi suami isteri pada 18 November lalu dalam satu majlis yang diadakan di Damansara.
Antara yang menjadi bualan pada perkahwinan mereka ialah “veil” Izara yang dikecam seperti kain alas meja dan tidak sesuai dengan Izara.
ARTIKEL BERKAITAN : Kerudung Pernikahan Izara Aishah Rekaan Datuk Rizalman Dikritik Netizen
NORA DANISH & NEDIM NAZRI
Selepas sering menampilkan aksi mesra bersama dan berkongsi kisah cinta mereka kepada umum, pelakon Nora Danish yang sudah lapan tahun bergelar janda akhirnya bernikah dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.
Majlis pernikahan mereka mencetuskan kontroversi apabila busana Nora dikatakan agak seksi serta aksi cium mulut pasangan berkenaan di depan khalayak ramai selepas selesai majlis akad nikah.
ARTIKEL BERKAITAN : Aksi Cium Mulut Nora Danish Dan Nedim Nazri Selepas Akad Nikah Dikecam