Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

Hiburan

Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

Kejutan demi kejutan dalam dunia hiburan minggu ini, paling panas berkaitan kes dua pelakon popular yang dikatakan buka tudung dan tampil seksi.

Tidak cukup dengan itu ada pula seorang penyanyi nasyid yang dilabelkan selalu sahaja mencari publisiti dan kali ini membuatkan netizen geram apabila beliau memperlekehkan isterinya.

Advertisement

Lebih panas dan lebih hangat,berikut kami senaraikan 5 gosip dan kontroversi terhangat sepanjang minggu ini. Layan..

1) VIDEO FATHIA LATIFF TIDAK BERHIJAB

Timbul kekecohan di media sosial apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff tersebar. Video yang memaparkan wanita berambut pendek itu  memakai baju hoodie berwarna hitam sedang menyanyi di sebuah ‘showcase’ di Shah Alam. Menguatkan dakwaan tersebut, ada pula foto Fathia bersama salah seorang ahli muzik dimuat naik di akaun Instagram.

BACA : Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tidak Berhijab Tersebar?

2) EMMA MAEMBONG MENGAKU BUKA TUDUNG

Selepas dihimpit dengan kontroversi penyebaran foto tidak bertudung bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Syed Abdullah, akhirnya pelakon Emma Maembong mengaku beliau merupakan individu dalam foto tersebut.  Kata Emma, gambar tersebut diambil baru-baru ini, namun beliau masih mengekalkan imej bertudungnya.

BACA : Foto Wanita Mirip Emma Maembong Tidak Bertudung Dan Mesra Dengan Seorang Jejaka Tersebar?

3) SAJAT ‘BACKUP’ PEMBANTU PERIBADI BERGADUH DENGAN JURUJUAL

Kejadian tampar-menampar yang berlaku antara pembantu peribadi Nur Sajat yang dikenali sebagai Sheryna Mazlan dengan seorang jurujual menjadi tular di media sosial. Mangsa ditampar sebanyak tiga kali sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.

Sajat tampil mempertahankan Sheryna dan mendakwa jurujual tersebut memang sepatutnya di berikan pengajaran kerana sering meghina beliau dan pembantu peribadinya di Facebook.

BACA : Pembantu Peribadi Pukul Jurujual Sebab Dia Menghina Kami – Sajat

4) KES VIRAL FITNAH JURURAWAT, LINDA RAFAR SAMAN 100 NETIZEN

Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar mencipta sejarah apabila menjadi selebriti  tempatan pertama yang memfailkan saman terhadap 100 netizen selepas tertekan dan dibuli dengan komen melampau berunsurkan kecaman gara-gara kontroversi viral dimana Linda didakwa memfitnah sekumpulan jururawat.

BACA : Imej Tercalar Kerana Isu Fitnah Jururawat : Linda Rafar Saman 100 Netizen

5) NETIZEN BENGANG SUHAMI SAAD GELAR INA NAIM ‘MAK CIK KANTIN’

Semua tahu tentang kehidupan zuhud penyanyi Suhaim Saad. Baru-baru ini isu cadangan kerajaan untuk memenjarakan ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah sehingga SPM mendapat tentangan hebat daripadanya.  Menurut Suhaimi, jika beliau didakwa agak sukar untuk beliau membayar denda dan anak-anaknya juga tidak akan dapat belajar lagi.

Memandangkan beliau sahaja yang mampu untuk menjadi ‘guru’ di rumah kerana isterinya, Ina Naim tidak mahir Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Malah menggelarkan Ina sebagai ‘mak cik kantin’.  Rata-rata netizen bengang dengan kenyataan tidak sensitif itu dan menganggap Suhami memperlekehkan isterinya.

BACA : Netizen Bengang Suhaimi Saad Panggil Isteri ‘Mak Cik Kantin’ Tidak Pandai Bahasa Inggeris Dan Arab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...