Written by Bella | September 23rd, 2018

Seperti biasa hari ini kami akan sajikan anda dengan gosip dan kontroversi hangat membabitkan beberapa selebriti yang nama mereka melekat di bibir orang ramai dan menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Minggu ini boleh dikatakan banyak juga isu panas dari kes isu menuntut hutang daripada bekas kekasih, ada pula yang salahkan Melayu suka jatuhkan bangsa sendiri gara-gara dihimpit kontroversi dan macam-macam lagi.

Jom kita layan dulu senarai Top 5 Gostip Terhangat Minggu ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

1) KERANA KONTROVERSI, ISMAIL IZZANI SALAHKAN MELAYU SUKA JATUHKAN BANGSA SENDIRI

Disebabkan kontroversi mabuk di kelab malam dan tidak membayar bil hotel selepas memadu asmara dengan kekasihnya, pelbagai kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Ismail. Hanya kerana itu beliau menyalahkan Melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri. Tentu sekali ia membuat netizen marah kerana apa yang berlaku adalah salah Ismail sendiri.

BACA : Dihimpit Kontroversi Hangat, Ismail Izzani Persalahkan Melayu Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri

2) ALIFF SYUKRI MENGAMUK DITEGUR PU AMIN

Tindakan PU Amin yang cukup lantang bersuara tentang keburukan dan betapa tidak senonohnya lagu Bobo Dimana yang bertentangan dengan ajaran Islam membuatkan Datuk Seri Aliff Syukri bengang. Aliff berkata adakah kerja PU ini hanya untuk mengecam dan mengutuk dirinya selain mencari publisiti murahan kerana tiada ‘job’.

BACA: (VIDEO) Kenapa Asyik Kutuk Saya, Tak Ada ‘Job’ Dan Nak Publisiti Murahan? – Aliff Syukri Berang Dengan PU Amin

3) ELFIRA LOY MENGAKU SUDAH BERTUNANG DENGAN FARIS K ANUAR

Setelah lama berdiam diri dan dipenuhi dengan persoalan tentang hubungannya dengan seorang jejaka berasala dari keluarga berada, Elfira memberikan kejutan apabila memuat naik mengakui beliau sudah bertunang dengan Faris K Anuar pada 2 September lalu.

BACA : (FOTO) Lama Berdiam Diri, Elfira Loy Akhirnya Mengaku Sudah Bertunang

4) FATHIA TUNTUT HUTANG DARIPADA AIMAN HAKIM, GELAR BEKAS KEKASIH LELAKI DAYUS

Tiada angin, tiada ribut, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menuntut hutang daripada  Aiman Hakim. Cara Fathia menuntut kembali wangnya itu mendapat perhatian ramai apabila memuat naik foto Aiman di akaun Instagram dengan kapsyen menggelarkan bekas kekasihnya itu lelaki dayus.

BACAFathia Latiff Gelar Aiman Hakim Lelaki Dayus Tidak Mahu Bayar Hutang?

5) ADIBAH NOOR ANGGAP PANGGILAN ‘RETIS’ SATU PENGHINAAN TERHADAP ARTIS

Penyanyi, Adibah Noor baru-baru ini telah menegur netizen di Twitter yang berikutan yang melabelkan diri beliau dengan panggilan ‘retis’.  Buat Adibah, perkataan ‘retis’ merupakan satu penghinaan buat golongan artis.

BACA: Adibah Noor Dan Jihan Muse Tidak Mahu Dipanggil ‘Retis’, Ibarat Satu Penghinaan

 

4 responses to Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. Petai says:

    Aku suka yg no.5 tu..mula mmg artis tapi dh dia org kata retis tu rendahkn martabat, so nmpk terus dia org retis..retis bolo2..

    1

    0
  2. Wekkkkkkk says:

    Yg si baju pink suka bertunang tu tak xxxx layak dpt hot gossip minggu ini..hmpir 52 komen setakat 23hb 6. 23pm…sbb list dia duduk yg pling latest nara letak hari jumaat 21hb pukul 3 ptg mcm tu…sbb tu org mls nk click ke gossip yg lain….mmg tak layak dan mymph..

    2

    0
  3. Panas-panas belaka..

    1

    0

Leave a Comment

Optional