Written by Bella | September 16th, 2018

Hi semua, selamat bercuti panjang lagi nampaknya untuk minggu ketiga kan? Meskipun tengah mood santai ini, kami tetap tidak terlepas untuk sajikan pelbagai gosip dan kontroversi  yang berlaku dalam industri hiburan sepanjang minggu ini. Biasalah, portal hiburan sensasi seperti kami tidak pernah ketinggalan untuk memaparkan cerita panas selebriti tempatan.


Minggu ini nampaknya masih lagi hangat dengan cerita dua orang sahabat baik iaitu Fathia dan Zarina Anjoulie, kali ini kes gaduh dan mabuk pula. Tidak cukup dengan itu lagu yang paling dapat ‘dislike’ yang banyak Bobo Dimana turut membuatkan seorang penyanyi rap dari Indonesia mengamuk. Eh kenapa?

Apa-apa pun, jom kita layan senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Check it out!

1) ZARINA DAN FATHIA DIDAKWA MABUK DAN SENGAJA CARI PASAL DI KELAB MALAM

Selepas isu buka tudung dan kes hutang bersama Ismail Izzani, pasangan BFF Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie didakwa sengaja cari pasal dengan seorang wanita dan rakannya ketika berhibur di kelab malam. Lagak dua pelakon ini sudah macam minah rempit, bukan sahaja mabuk tetapi cari pasal tanpa sebab.

BACA : Zarina Anjoulie Dan Fathia Latiff ‘Mabuk Teruk’, Cari Gaduh Seperti Minah Rempit?

2) PENYANYI RAP INDONESIA BENGANG LAGU BOBO DIMANA MILIKNYA DICIPLAK

Seorang penyanyi rap Indonesia, Roy Ricardo bengang dan kesal apabila lagu Bobo Dimana yang telah dinyanyikan oleh Lucinta Luna, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat sebenarnya adalah hasil ciptaannya yang mula popular sekitar tahun 2014. Karya itu sudah diciplak tanpa kebenarannya.

BACA : Rapper Indonesia Bengang Lagu Bobo Dimana Miliknya Diciplak

3) SUHAIMI SAAD TIPU KUTIP DERMA UNTUK KONSERT INTEAM

Seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suhaimi Saad yang telah melancarkan sebuah tabung bagi mengutip derma untuk Konsert Reuniteam tanpa pengetahuan ahli Inteam yang lain.

BACA : Netizen Kritik Suhaimi Saad Kutip Derma Reuniteam Tanpa Pengetahuan Inteam

4) EINA AZMAN DIKRITIK MUAT NAIK VIDEO BERCUMBU DENGAN SUAMI

Tindakan pelakon Eina Azman berkongsi momen romantik beliau dan suami bercium ketika bercuti di Greece mengundang rasa kurang senang netizen. Mereka mengritik mengapa Eina harus terlalu ‘over’ dan apa yang dimuat naik itu tidak sesuai untuk tontonan ramai.

BACA : “Tak Suka Unfollow Je” – Eina Azman Dihentam Muatnaik Video Bercium Dengan Suami

5) INGAT TRAGEDI 9/11 DAN SERTAKAN #GODBLESSAMERICA AWAL ASHAARI DIDAKWA SUDAH LUPA DIRI

Hanya kerana memuat naik foto ‘Moment Of Silence’  ketika mengenangkan peristiwa penuh tragedi 9/11 dengan menggunakan hashtag #GodBlessAmerica, pelakon dan pengacara Awal Ashaari dikecam teruk oleh netizen. Ada yang menganggap Awal sudah lupa diri dan mengkhianati agamanya sendiri dan sedara sesama Islam yang teruk diperlakukan oleh Amerika Syarikat.

BACA : Kerana #GodBlessAmerica, Awal Ashaari Dikecam Lupa Diri?

1 responses to Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. #2 yang paling terkesan

    0

    0

Leave a Comment

Optional