Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

Hiburan

Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

Salam Ahad semua, bertemu kembali kita hari ini dengan gosip dan kontroversi paling hangat sepanjang minggu ini.

Advertisement

Disebalik kemeriahan Aidiladha, dunia hiburan Malaysia ini memang tidak lekang dengan cerita-cerita panas. Kata orang memang dah jadi asam garam untuk mereka yang bergelar selebriti.

Antara yang terhangat minggu ini ialah isu foto bogel anak kepada seorang pelakon wanita dan usahawan terkenal, Neelofa katanya kena ‘block’ dengan seorang artis di Instagram. Ada pula tuduhan kata Elfira Loy ingin bercinta untuk kepentingan dirinya.

Ok kami tak mahu cakap banyak lagi dan jom kita layan top 5  gosip terhangat minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoy!

1) FOTO BOGEL ANAK LELAKI CHE TA TERSEBAR

Anak sulung Che Ta, Ammar Effendy memang dikenali dan mempunyai peminatnya tersendiri. Beberapa hari lalu, ramai yang terkejut apabila tersebarnya foto bogel seorang remaja yang memperagakan badan sasanya sambil berposing di depan kamera. Lelaki didalam foto berkenaan agak mirip dengan Ammar.

BACA :Viral Foto B**el Mirip Anak Che Ta Tersebar

2) NEELOFA DEDAH KENA ‘BLOCK’ DENGAN FAZURA

Neelofa sekali lagi menepis dakwaan beliau sengaja ingin cari gaduh dengan Fazura dengan memakai busana yang sama. Kata Neelofa, beliau sudah lama disekat di Instagram Fazura dan tidak mengetahui sebarang ‘update’ terbaru mengenai aktres itu.

BACA(VIDEO) Neelofa Dedah Sudah Lama Kena ‘Block’ Dengan Fazura Di Instagram?

3) FASHA SANDHA  DIKRITIK NAMPAK BURUK PAKAI BAJU PARAS DADA

Dakwaan mengatakan Fasha Sandha semakin seksi memang sudah lama diperkatakan netizen. Baru-baru ini beliau sekali lagi menjadi perhatian selepas tampil memakai baju paras dada untuk sesi fotografi sebuah iklan produk kosmetik. Ada pula netizen yang mengkritik beliau nampak buruk memaki baju tersebut sehingga ia mengundang rasa bengang Fasha.

BACAFasha Sandha Bengang Dikritik Nampak Buruk Pakai Baju Paras Dada

4) ELFIRA LOY CARI KEKASIH BARU SEBAB NAK BAYAR HUTANG

Hangat dengan berita beliau sudah bertemu pengganti Sufian Suhaimi, Elfira dituduh sanggup bercinta dengan sesiapa sahaja terutama sekali lelaki yang kaya untuk membantu beliau menyelesaikan hutangnya. Ia berkaitan dengan isu Elfira dikatakan sudah muflis sebelum ini.

BACAElfira Loy Dituduh Cari Pasangan Untuk Bantu Selesaikan Masalah Hutang

5) ALIFF AZIZ TIPU DAN SONGLAP DUIT USAHAWAN KOSMETIK

Penyanyi Aliff Aziz yang sudah lama tidak dihimpit sebarang kontroversi kembali menjadi bualan hangat apabila didakwa menipu seorang usahawan dan juga tidak melunaskan janjinya selepas meminjam sejumlah wang. Aliff dikatakan senyapkan diri dan enggan memulangkan kembali wang yang dipinjam ketika beliau dalam keadaan terdesak itu.

BACAAliff Aziz Didakwa Menipu Dan Songlap Duit?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...