Top 5 Filem “Terbaik” Ahmad Idham, Beri “Mesej Baik” Buat Penonton

Hiburan

Top 5 Filem “Terbaik” Ahmad Idham, Beri “Mesej Baik” Buat Penonton

Bila sebut sahaja nama Ahmad Idham pasti semua orang kenal. Boleh kata ‘otai’ dalam industri perfileman negara. Mempunyai pengalaman puluhan tahun sebagai pelakon, pengarah serta produser filem, memang tiada bantahan apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan ramai mengharapkan beliau dapat membawa perubahan baik, lebih bermutu untuk industri perfileman tanah air.

ahmad idham

Advertisement

Namun, sejak beberapa hari ini namanya agak hangat diperkatakan di media sosial apabila Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix. Menurutnya, ramai ibu bapa yang bimbang sekiranya kandungan yang tidak bertapis, berunsur lucah boleh merosakkan akhlak golongan muda.

tapis kandungan netflixahmad idham netflixahmad idhamahmad idham

Seperti yang dijangka, ramai pengguna Netflix tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kenapa pula hendak menyibuk mengawal apa yang boleh ditonton? Agak tidak relevan juga apabila cadangan dan kenyataan sebegitu dinyatakan oleh seorang yang sering menerbitkan filem kontroversi berkualiti rendah, terutama sekali mengenai budaya rempit dan bohsia.

Mari kita sama-sama lihat antara filem “popular” karya Ahmad Idham. Kita nilai dulu, okay ataupun sebaliknya.

Remp-IT

filem rempit

Confirm ramai yang masih ingat dengan filem Remp- It yang ditayangkan pada tahun 2006. Memfokuskan kepada aktiviti lumba haram atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit.

Ahmad Idham berjaya menggemparkan Malaysia dengan beberapa adegan yang tidak senonoh sehingga ramai yang tidak tahu apakah mesej sebenar disebalik filem tersebut.

ahmad idham netflix

Apa yang mereka paling ingat ialah babak asmara antara pelakon Aqasha dan Julia Hana dalam filem tersebut. Ketar lutut dibuatnya. Tapi tidak mengapa, katanya hanya ‘camera trick’ sahaja, apa yang penting filem yang diterbitkan penuh pengajaran buat masyarakat. Sekejap ya, penulis cuba nak ingat balik apa mesej yang berfaedah untuk penonton. Hmmm…

Adnan Sempit

ahmad idham netflix

Entah kenapa pula Ahmad Idham cukup berminat dengan isu rempit. Meskipun menerima banyak kritikan, beliau masih gigih menghasilkan filem dengan genre yang sama. Kali ini, sebagai pengarah filem Adnan Sempit pula.

Ianya berkisarkan Adnan lakonan Shaheizy Sam iaitu seorang Mat Rempit, bekerja sebagai dispatch yang mengejar cinta Nadia lakonan Intan Ladyana yang merupakan ‘lady boss’ di sebuah syarikat besar. Kemudian kedua – dua watak utama ini menyamar untuk menjadi pasangan kekasih dimana Nadia menyelami dunia rempit dan Adnan pula sebaliknya.

ahmad idham

Macam biasalah, kisah cinta selepas itu ada babak klise seperti lumba haram dan Minah Rempit. Korang boleh agak dah filem ini macam mana kan?

Minah Moto

filem minah moto

Filem ini paling kontroversi sekali. Meskipun pada ketika itu ia belum lagi ditayangkan di pawagam, rata-rata netizen dah mula boikot hanya berdasarkan poster yang dihasilkan.

ahmad idham

Mereka bengang dengan hasil karya Ahmad Idham yang dirasakan sebagai sampah dan mengangkat golongan Minah Rempit. Adakah sudah kekeringan idea sehingga harus menghasilkan filem yang hanya memberikan pengaruh buruk? Seakan mempromosikan lagi budaya rempit.

Hantu Wangan

ahmad idham

Kali ini Ahmad Idham cuba untuk memberikan pembaharuan dengan menggabungkan pelumba jalanan haram (kereta) dengan elemen seram.

Malangnya, beliau sekali gagal kerana masih terikat dalam formula lapuk dan acuan lama. Bergenre komedi seram, babak dalam Hantu Wangan ada kalanya tidak masuk akal langsung.

aflix ahmad idham

Plot masih sama dan pilihan pelakon juga mungkin tidak bersesuaian. Karakter watak utama iaitu KK lakonan Achey tidak begitu menyakinkan, dicipta hanya untuk dijadikan bahan cerita sahaja.

Pencuri Hati Mr. Cinderella

Tutup cerita mengenai Mat Rempit, Ahmad Idham cuba lagi untuk memikat hati penonton dengan filem romantik pula.

Pencuri Hati Mr. Cinderella merupakan kisah seorang duda iaitu Salman lakonan Ahmad Idham yang baru menjejakkan kaki ke Malaysia dari Perth Australia setelah tiga tahun menghilangkan diri selepas melalui episod perceraian. Kembali atas urusan perniagaan, Salman jatuh cinta pula dengan seorang pegawai perhubungan tetamu (GRO) yang dilakonkan oleh Atikah Suhaime.

Menurut Ahmad Idham, antara faktor dia memilih GRO untuk dijadikan topik di dalam filem ini kerana sesetengah masyarakat melihat GRO sebagai pelacur. Jadi, beliau cuba untuk ubah perkara itu.

ahmad idham

Namun, masih gagal, itulah perkataan paling tepat. Kesilapan pertama yang beliau lakukan adalah pada tajuknya sendiri, tidak dinafikan memang mana-mana filem tentang kisah cinta tengah laku pada masa ini, tetapi biarlah tajuknya juga sesuai. Bukanlah seperti tajuk drama sahaja.

Hero tua, heroin pula muda. Memang agak syok sendiri dan gandingan yang sangat tidak kena. Bukan itu sahaja, poster filem juga agak ‘old skool’, ala-ala filem 90an. Poster juga memainkan peranan penting untuk menarik minat orang ramai. Apa salahnya untuk cuba hasilkan rekaan yang lebih menarik. Atau buat sendiri ke tu?

Oleh kerana semua kegagalan di atas, filem romantik ini hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM100,000 sahaja.

Kesimpulan

Pada pendapat kami, sepatutnya Ahmad Idham cuba dahulu untuk  mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyarakat dan negara sebelum terus ke cadangan tapisan kandungan untuk Netflix.

Tetapan ‘Parental Controls’ Di Netflix

Untuk yang berkenaan, tidak perlu susah-susahkan diri kerana platform Netflix memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menyelia kandungan apa yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka menerusi tetapan ‘parental controls’. Mudah sahaja langkahnya.

Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...