Top 14 Movie Kena Tengok Sempena Wayang Buka Semula

Hiburan

Top 14 Movie Kena Tengok Sempena Wayang Buka Semula

Lama rasanya tak jejak kaki ke panggung. Akhirnya, kerajaan telah mengumumkan pengoperasian semula pawagam yang memberi berita gembira kepada kaki wayang untuk menonton filem kegemaran setelah lama menanti. Mesti ramai tak sabar kan? Jom kami share 14 movie korang kena tonton selepas sekian lama tak masuk panggung! Yang penting SOP kena sentiasa jaga okay?

MALIGNANT (23 September 2021)

Dari pengarah Saw, Insidious & The Conjuring, movie terbaru James Wan ni memang ditunggu-tunggu peminat genre seram. Tak senang duduk tengok trailer pun boleh meremang semua bulu. Excited nak tengok di panggung!

Advertisement

A Quiet Place Part II (23 September 2021)

Keluarga Abbott 3 beranak masih perlu berjuang meneruskan hidup dalam dunia suasana sunyi sebelum makhluk pemburu bunyi bising mengancam nyawa mereka. Tapi, ada lagi bahaya yang menunggu mereka.

No Time To Die (30 September 2021)

Bond akhirnya tak lagi aktif dalam perkhidmatan. Ketika dia di Jamaica, kawan lama dari CIA meminta bantuan menyelamatkan saintis. Dia menghadapi misi mencabar melawan musuh lengkap berteknologi terkini yang membahayakan.

THE SUICIDE SQUAD (30 September 2021)

2 pasukan Task Force X atau Suicide Squad ditugaskan makmal era Nazi yang menjalankan eksperimen rahsia ‘Project Starfish’. Mampukah 2 pasukan ini menyelesaikan misi atau kecundang di tengah jalan?

FAST & FURIOUS 9 (Oktober 2021)

Salah satu movie pecah panggung yang ditunggu-tunggu selama ni, akhirnya akan ke pawagam! Dom Toretto hidup tenang dengan keluarganya, tapi dia tahu bahaya akan datang tanpa amaran. Dosa dan kisah lampaunya kembali menghantui dan perlu dihadapi demi orang tersayang.

Marvel Studios’ Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (Oktober 2021)

Guru seni mempertahankan diri Shang-Chi perlu menghadapi kembali masa silam yang ditinggalkan apabila dia terlibat dengan organisasi Ten Rings. Mesti tonton di pawagam!

Escape Room 2 (Oktober 2021)

Selepas mendapat sambutan hangat pada 2019, filem ini muncul dengan sekuel terbarunya. Pasangan Zoey Davis and Ben Miller meneruskan niat bersemuka dengan organisasi mencurigakan , Minos Corporation di New York. Tanpa disangka mereka ditemukan dengan ‘pemenang’ terdahulu. Mampukah mereka survive kali ini?

Dune (14 Oktober 2021)

Mengisahkan perjalanan penuh emosi dan elemen mistik seorang pemuda, Paul Atreides. Tanpa diminta, dia dilahirkan untuk menerima takdir melangkaui kefahamannya sendiri, sehingga perlu ke satu tempat paling berbahaya di alam semesta demi keluarga dan bangsanya.

Marvel Studios’ Black Widow

Natasha Romanoff atau Black Widow perlu berdepan dengan konspirasi menggugat nyawa yang berkait dengan kisah lalunya. Tiada apa yang boleh menjatuhkannya tersungkur, Black Widow perlu kembali menjadi perisik.

VENOM: Let There Be Carnage (November 2021)

Wartawan penyiasatan, Eddy Brock masih cuba menyesuaikan diri selepas setahun badannya ‘ditumpang’ makhluk asing, Venom yang memberikannya superpower. Demi karier, dia menemubual Cletus Kasady yang ditumpangi Carnage.

 

SPIDER-MAN: NO WAY HOME (Disember 2021)

Kecoh di media sosial apabila trailer filem terbaru SPIDER-MAN ini ditayangkan kepada umum. Ramai meluahkan rasa teruja untuk menonton sekuel terbaru ini di mana buat pertama kali dia membuka topeng dan mengajar erti sebenar menjadi adiwira sejati.

Jungle Cruise

Dr. Lily Houghton bersama Frank Wolff menaiki boat ke hutan Amazon untuk mencari pokok purba yang berkuasa menyembuhkan yang bakal mengubah dunia perubatan.

Ron’s Gone Wrong

Apa yang jadi bila robot yang jadi kawan kita sebenarnya ‘rosak’ dan lain dari robot orang lain. Ini yang terjadi kepada Ron. Boleh jadi tontonan sekeluarga.

GHOSBUSTERS: AFTERLIFE (Disember 2021)

Seorang ibu tunggal dan dua anaknya menemukan satu kisah yang mengaitkan mereka sekeluarga dengan ghosbusters di sebuah pekan kecil. Rupanya ada rahsia datuk mereka yang akhirnya terbongkar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...