Too Phat Tidak Akan Terjadi – Joe Flizzow

Hiburan

Too Phat Tidak Akan Terjadi – Joe Flizzow

Selepas kemenangan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone, kebangkitan kembali lagu-lagu bergenrekan rap mula diperkatakan. Ramai yang teruja apabila akaun sosial palsu Malique Ibrahim menjawab ‘khabar baik bro‘, membayangkan seolah-olah ada harapan untuk kumpulan rap terkemuka, Too Phat untuk wujud semula. Untuk adik-adik yang baru lahir, Too Phat adalah kumpulan rap yang menaikkan nama Malique dan Joe Flizzow. Lagu-lagu mereka memang power dan kebabom.

joe flizzow too phat Namun sayangnya hasrat para peminat Too Phat untuk melihat kumpulan itu hidup semula kini hancur berderai. Sebelum ini Malique telah tampil memaklumkan dirinya tidak pernah ada akaun sosial. Kemudian Malique turut memberitahu yang dirinya tidak berminat menghidupkan semula Too Phat. Sentimen yang sama turut diutarakan oleh Joe Flizzow yang memaklumkan Too Phat tidak akan kembali jika tiada komitmen dari semua pihak. Kata Joe:-

Advertisement

Buat masa sekarang ini memang tiada perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.

Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu. Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah komitmen itu perlu ada. Saya rasa kalau ada komitmen itu, mungkin Too Phat akan ditubuhkan. Kalau ikutkan hati memang nak kembali semula bersama Too Phat.

joe flizzow too phat

Rasanya mungkin Malique lebih selesa bergerak di belakang tabir berbanding muncul kembali di khalayak ramai menyanyi semula. Apa pun, sehingga ke hari ini Abang Nara masih ternanti-nanti buah tangan terbaru Malique. Dah lama rasanya tak ada lagu baru. Diharap Malique dapat muncul dengan lagu baru untuk mengubati rindu para peminat. Lirik lagu anda memang mantap dan penuh makna!!! Sumber ManggaOnline.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...