Tony Fernandes Sedia Ambil Alih FAM, Bakal Terajui Pimpinan Baru?

Trending

Tony Fernandes Sedia Ambil Alih FAM, Bakal Terajui Pimpinan Baru?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia sedia terajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai presiden sekiranya diberi peluang, lapor portal berita sukan hari ini.

Advertisement

Kesudian Fernandes itu dilaporkan FourFourTwo (FFT) memetik temubual tokoh korporat dengan Astro Arena di satu majlis AirAsia di Bangkok semalam.

Fernandes, pemilik kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers (QPR), bagaimanapun perlukan sokongan ahli gabungan FAM pada kongres 2017 nanti.

“Jika saya diminta untuk ambil alih jawatan presiden, saya sedia pertimbangkan,” katanya kepada Astro Arena.

FAM sepatutnya mengadakan pemilihan pada 2018, selepas penggal jawatankuasa eksekutif 2014-2018 tamat. Namun hasrat Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meletak jawatan sebelum tempoh penggalnya berakhir menyebabkan FAM terpaksa mengadakan kongres lebih awal.

Menurut FFT, exco FAM terima perletakan jawatan Tengku Mahkota Pahang tetapi memohon baginda supaya bertahan di kerusi panas itu sehingga tahun depan.

Semua exco lain akan turut meletak jawatan untuk mendapatkan mandat baharu mentadbir badan bola sepak kebangsaan.

Sebelum respon Fernandes itu, tiada calon lain tampil menyatakan kesudian untuk menduduki jawatan itu sejak Kongres FAM diumum akan diadakan tahun depan.

Tunku Muda Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencabar Tengku Abdullah untuk jawatan presiden pada pemilihan 2014 baru-baru ini berkata baginda tidak berhasrat untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Tunku Ismail bagaimanapun dilaporkan menyokong pencalonan Fernandes, menurut FFT.

Pembabitan Fernandes dalam QPR mungkin membantu beliau dilihat sebagai calon ideal untuk mengemudi masa depan bola sepak Malaysia dan melakukan perubahan yang perlu bagi menaik taraf standard permainan dalam negara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...