Tony Fernandes Dan Kamaruddin Lepaskan Jawatan Eksekutif Air Asia

Trending

Tony Fernandes Dan Kamaruddin Lepaskan Jawatan Eksekutif Air Asia

Sesuatu yang menggemparkan apabila Pengerusi AirAsia Group Bhd (AirAsia), Datuk Kamaruddin Meranun dan Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, membuat keputusan untuk melepaskan jawatan eksekutif masing-masing dalam syarikat untuk tempoh dua bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Pelaksanaan ini akan dijalankan selama dua bulan atau sehingga satu tempoh masa yang akan ditetapkan oleh syarikat. Keputusan ini telah ditentukan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang dibentuk oleh Lembaga Pengarah AirAsia.

Advertisement

Dengan keputusan ini, ianya akan mengekalkan kedua-dua mereka sebagai penasihat syarikat sepanjang tempoh dua bulan itu. Pada masa ini, Tharumalingam Kanagalingam dilantik sebagai Pemangku CEO Air Asia atas cadangan jawatankuasa itu.

Manakala, jawatan Datuk Kamaruddin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes akan ditukar kepada ahli lembaga pengarah dan bukan eksekutif Air Asia. Kedua-dua mereka juga memberitahu keputusan ini dibuat untuk memberi laluan sepenuhnya di atas siasatan oleh Air Asia.

Selepas berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dua eksekutifnya, saham AirAsia susut ke paras terendah dalam tempoh empat tahun hari ini.

Saham pengendali penerbangan tambang rendah itu susut 10.49 peratus untuk ditutup pada RM1.28 sesaham, paras terendah sejak Januari 2016, manakala saham unit penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X Bhd merosot 12 peratus.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...