Tony Eusoff Struggle Pakai Cawat & Kemunculan Tiara Jacquelina Dalam Siri Keluarga Baha Don

Hiburan

Tony Eusoff Struggle Pakai Cawat & Kemunculan Tiara Jacquelina Dalam Siri Keluarga Baha Don

Penantian peminat drama bergenre ‘dark comedy’ Keluarga Baha Don kini berakhir apabila musim ketiga drama itu mula bersiaran minggu lalu di Viu.

BeautifulNara berpeluang untuk menemu ramah barisan pelakon drama itu dalam satu sidang media eksklusif yang diadakan secara dalam talian. 

Advertisement

Memang tak kering gusi melayan keletah setiap artis yang ‘sempoi’ dan kami tak sabar untuk menyaksikan apakah yang bakal terjadi pada Keluarga Baha Don musim ini.

BACA: Remy Ishak Lindungi Keluarga Mafia, Musuh Cuba Balas Dendam

“Pergi toilet siap-siap before shooting”- Tony Eusoff

Bah Botani dan Jo Don dalam keluarga Baha Don

Pada musim kedua Keluarga Baha Don, penonton diperkenalkan dengan watak Bah Botani lakonan Tony Eusoff yang merupakan salah seorang ahli The Associates.

Tapi apa yang menarik perhatian ialah sepanjang melakonkan watak itu, Tony Eusoff hanya memakai cawat asli yang dililit.

Ditanya adakah pakaiannya itu ‘selesa’, dengan nada bersahaja Tony menjelaskan yang dia akan ke tandas terlebih dahulu.

Katanya, ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Pada masa yang sama dia sempat berseloroh supaya pengarah dapat memberikannya cawat ‘segera’ jika ada sambungan untuk siri ini. 

Kemunculan kembali Tiara Jacquelina selepas 17 tahun

Tiara Jacquelina kembali ke skrin selepas 17 tahun

Selepas 17 tahun, Puan Sri Tiara Jacquelina akhirnya kembali ke kaca televisyen.

Pada mulanya, Tiara hampir menolak tawaran yang diberikan kepadanya kerana menyangka drama ini merupakan drama keluarga yang ‘klise’.

Namun, dia berubah fikiran selepas menonton sendiri musim terdahulu Keluarga Baha Don.

“Saya tertarik untuk menjayakan watak Ivana kerana ia berbeza. Produksi memberikan skrip berserta ilustrasi watak Ivana yang lengkap dengan kostum khas”.

Kali terakhir Tiara berlakon dalam Puteri Gunung Ledang The Movie pada tahun 2004 memegang watak sebagai Puteri lagenda itu.

Tiara merasakan watak Ivana adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan kerana ia merupakan watak jahat yang pertamanya dalam drama bergenre ‘dark comedy’.

Selain Tiara, terdapat juga kemunculan watak baru yang dibarisi Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hasan.

Keluarga Baha Don merupakan drama arahan Syed Fariz Syed Khairuddin yang dibintangi ramai pelakon hebat.

Antaranya Remy Ishak, Susan Lankester, Namron, Khir Rahman, Amy Mastura dan ramai lagi.

Keluarga Baha Don 3 ‘turning point’ untuk Jo Don

Baha Don & The Associates

Bagi yang menantikan sambungan kehangatan cinta Jo Don dan Suzy Faye, nampaknya korang akan kecewa sedikit kerana watak Suzy Faye ‘hilang’ musim ini.

Menurut pengarah merangkap penulis skrip utama, Fairul Nizam Ablah, Keluarga Baha Don musim ketiga bakal menjadi titik perubahan buat watak Jo Don.

Siri Original Viu (Keluarga Baha Don)

 

Jika dua musim sebelum ini banyak menumpukan kepada masalah Jo Don untuk mewarisi organisasi rahsia yang diwariskan kepadanya dan menyelesaikan masalah dalaman keluarga.

Musim ini, Jo Don lakonan Remy Ishak akan ‘berubah’ menjadi mafia apabila keselamatan keluarga serta organisasi Baha Don mendapat ancaman.

Bagi korang nak nak mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada Keluarga Baha Don musim ketiga, korang boleh saksinya di Viu.

Setiap minggu, 2 episod baru akan ditayangkan pada setiap hari Khamis.

Untuk sesiapa yang belum pernah menonton drama Keluarga Baha Don, musim pertama dan kedua boleh disaksikan di SINI.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...