Biarpun tidak mempunyai latar belakang dalam industi seni, pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu, Zakaria Abd Hamid yakin mampu menerajui badan itu.
Menurutnya, keyakinan lebih tinggi apabila pasukan yang dilantik bersamanya mempunyai kepakaran untuk membantunya membuat keputusan.
Menerusi laporan mStar, berkuat kuasa 23 Mei 2020 Zakaria dilantik sebagai pengerusi Finas menggantikan Datuk Hans Isaac.
Dalam pada itu, Zakaria difahamkan sedia bertemu penggiat industri seni bagi memperkasa pembangunan industri kreatif negara dan hala tju dalam masa terdekat.
Beliau juga dikhabarkan komited dapat meningkatkan industri itu ke tahap yang lebih baik.
“Kami yakin akan dapat meletakkan tapak kukuh industri ini untuk ke tahap anatarabangsa.”
Namun begitu, Pelakon Tony Eusoff dilihat seakan kurang senang dengan kenyataan (FINAS) yang memasang impian untuk melihat filem tempatan diangkat ke peringkat antarabangsa termasuklah dicalonkan ke Anugerah Akademi atau Anugerah Oscar.
Perkara itu diluahkan Tony menerusi platform Twitternya malah beranggapan banyak lagi masalah filem dan televisyen perlu ditangani terlebih dahulu.
“Jangan la asyik cakap nak menang Oscar je. Kita ni kat kampung pun tak tentu jaguh lagi.
Menurut Tony, jika mahu menang Oscar sekali pun, apakah langkah-langah yang dicadangkan?
“Banyak lagi masalah filem/tv yang perlu ditangani. Pastikan pelakon tak perlu bawak baju sendiri untuk shooting. Wig pun masih jelas nampak palsu.”
Hal ini kerana, dari segi bajet sekalipun, filem tempatan adalah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pemenang oscar sebelum ini.
Malah menyeru pihak berkenaan supaya tidak memperlekehkan cabaran pekerja filem tanah air dengan niat hanya mahu menang anugerah antarabangsa.
Menerusi sidang media yang sama, Zakaria mengumumkan senarai Ahli Perbadanan yang dilantik iaitu Datuk Prof Dr Abd Razak Mohaideen, Datuk Norhyati Ismail, Mohammad Diah Wahari, Siti Juriani Jalaluddin, Denes Kumar Regupathy, Dr Rose Patsy Tibok, Ku Muhammad haris Ku Sulong dan Lina Tan Suan Jeu.
Sumber: mStar