Tonton Video Penuh Emosi Iringi Ucapan Selamat Tinggal Kepada Volkswagen Beetle

Automotif

Tonton Video Penuh Emosi Iringi Ucapan Selamat Tinggal Kepada Volkswagen Beetle

Volkswagen telah pun mengumumkan penamatan pengeluaran model ikonik Beetle pada tahun lalu. Bagi para peminat Beetle khususnya yang mempunyai kenangan dengan model kereta ikonik ini, pastinya meninggalkan nostalgia menyentuh jiwa yang tak terlupakan.

Baca: Misteri ‘Kumbang Kuning’ Tanpa Pemandu Di Lebuhraya Karak Oleh Volkswagen Malaysia

Advertisement

Volkswagen telah menerbitkan sebuah filem animasi pendek yang penuh dengan emosi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada model Beetle ini. Filem pendek ini telah pun ditayangkan di siaran ABC pada sambutan malam tahun baru Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve with Ryan Seacrest 2020.

Diberikan judul The Last Mile, animasi pendek ini mengisahkan tentang seorang lelaki dan saat penting dalam perjalanan kehidupannya bersama Beetle.

volkswagen

Filem animasi pendek ini diiringi dengan lagu kumpulan Beatles yang bertajuk Let It Be yang dibawakan oleh Pro Musica Youth Corus. Ianya juga menampilkan cameo daripada iklan kempen terdahulu, karakter Kevin Bacon dalam filem Footloose dan juga Andy Warhol.

Pastinya ini merupakan perpisahan yang menyentuh hati kerana kenderaaan ikonik ini telah memberikan kesan penting dalam membantu menyediakan pengangkutan kepada berjuta manusia di seluruh dunia.

volkswagen beetle

Produksi terakhir

Pada 2011, Volkswagen telah mengeluarkan produksi Beetle dengan rekabentuk yang dikemaskini namun tetap mengekalkan rekabentuk atap yang bundar. Ia merupakan model terakhir yang mengakhiri produksi Beetle pada Julai tahun lalu.

volkswagen beetle

Filem animasi pendek ini diakhiri dengan pandangan Volkswagen ke arah masa depan model ID mereka, dan menukarkan kempen Beetle “Think Small” yang ikonik dengan “Drive Bigger”. Pasti sesuatu yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah ikon, tetapi ianya akan selamanya dihargai. Selamat jalan, Beetle!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...