Tonton Video Menyentuh Hati Seorang Ibu Disatukan Semula Dengan Anak Yang Sudah Meninggal Dunia Melalui Teknologi VR

Trending

Tonton Video Menyentuh Hati Seorang Ibu Disatukan Semula Dengan Anak Yang Sudah Meninggal Dunia Melalui Teknologi VR

Seorang ibu di Korea Selatan mendapat peluang untuk berjumpa semula dengan anak perempuannya yang sudah meninggal dunia melalui alam maya. Walaupun hanya bergantung pada teknologi VR (virtual reality), pastinya sesiapa sahaja tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Video yang berjaya mendapat perhatian sejak dimuatnaik di laman YouTube ini merupakan projek dokumentari yang dihasilkan oleh siaran televisyen di Korea iaitu MBC melalui segmen VR Human Documentary.

Advertisement

Di sebalik tabir

Pada tahun 2017, kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nayeon di diagnosis dengan leukemia dan dimasukkan ke hospital untuk penjagaan rapi. Dia yang merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik itu meninggal dunia dan tidak dapat sembuh sepenuhnya.

Sejak kematian anaknya itu, ibunya tidak dapat lari dari perasaan bersalah dan sedih mengenangkan nasib yang menimpa anaknya itu. Untuk membantu ibu ini melepaskan perasaannya itu, MBC telah menghasilkan satu projek dokumentari khas.

Pasukan dokumentari ini telah mendapatkan seberapa banyak maklumat yang ada tentang Nayeon termasuklah gambar dan audio yang dimiliki keluarganya. Mereka juga mendapatkan bantuan daripada kanak-kanak seusia Nayeon untuk mendapatkan suara dan pergerakan yang mirip dengannya.

Nayeon versi VR

Mereka turut mengkaji kanak-kanak berusia 7 tahun iaitu umur Nayeon sekarang sekiranya dia masih lagi hidup. Berpandukan kajian dan maklumat yang diterima, mereka berjaya menghasilkan suara yang mirip dengan kanak-kanak itu dan pergerakan yang hampir sama.

Dari situ, Nayeon kembali dihidupkan semula secara virtual reality.

virtual reality

Pertemuan semula

Setelah segala persiapan dilakukan, wanita ini akhirnya berjumpa dengan Nayeon di studio MBC untuk proses pertemuan secara virtual reality (VR). Walaupun ini hanyalah video secara maya, wanita itu beberapa kali dilihat cuba menyentuh anaknya itu untuk melepaskan rindunya.

Nayeon, ibu rindukan kamu. Kamu sihat saja kan? Ibu harap dapat pegang kamu. Ibu takkan menangis lagi selepas ini, takkan rindukan kamu lagi. Ibu hanya akan sayang kamu sampai bila-bila.

Walaupun tidak dapat memegang anaknya seperti biasa, dia meluahkan perasaannya kepada anaknya itu. Krew produksi turut menjalankan sesi sambutan harijadi untuk Nayeon dan ibunya kerana mereka tidak pernah menyambutnya bersama-sama sebelum ini. Video tersebut telah mendapat lebih 7 juta tontonan setakat ini sejak dimuatnaik pada awal bulan lalu.

Anda boleh tonton video penuh pertemuan mereka di video di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...