Tonton Trailer Terakhir Star Wars: The Rise Of Skywalker Yang Penuh Emosi Ini

Trending

Tonton Trailer Terakhir Star Wars: The Rise Of Skywalker Yang Penuh Emosi Ini

Akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh peminat Star Wars telah pun tiba. Kini, trailer terakhir filem Star Wars: The Rise of Skywalker dikeluarkan sebelum ditayangkan di pawagam pada Disember ini.

Kalau trailer yang dikeluarkan sebelum ini meninggalkan penonton dengan penuh teka teki tetapi kali ini penonton cukup beremosi dengan trailer terakhir ini. Saga Skywalker yang bermula lebih 40 tahun lalu akhirnya menemui pengakhiran di dalam Star Wars: The Rise of Skywalker.

Advertisement

Untuk sebuah francais yang telah lama bersiaran, pastinya penutup atau finale adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan. Menurut pengarah, J.J. Abrams, The Rise of Skywalker akan menyaksikan pertempuran terakhir Resistance dan First Order.

Latar cerita kali ini mengambil masa setahun selepas kejadian di dalam Star Wars: The Last JediSalah satu babak menyentuh hati apabila Luke dan Leia meyakinkan Daisy Ridley’s Rey dengan dialog sinonim Star Wars “The force will be with you, always”.


Star Wars juga telah mengeluarkan poster rasmi bagi filem Star Wars: The Rise of Skywalker menerusi laman rasmi Twitter mereka. Nampaknya, peminat juga cukup teruja melihat poster terbaru kali ini.

Filem Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton di Malaysia pada 19 Disember 2019 ini. 

May the force be with you!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...