Filem komedi Zombieland kini kembali dengan sambungan sekuel nya selepas 10 tahun. Zombieland: Double Tap kembali dengan pelakon asal yang membawakan watak mereka Columbus (Jesse Eisenberg), Tallahassee (Woody Harrelson), Wichita (Emma Stone) dan Little Rock (Abigail Breslin).
Pengarahnya, Ruben Fleischer berkata sejak dari tempoh 10 tahun itu zombie yang ada juga sudah berubah dan tidak lagi sama seperti dahulu.

“Antara zombie yang memberikan ancaman besar kali ini ialah zombie T-800 yang semakin pantas, kuat dan sukar untuk dibunuh.”
Zombieland: Double Tap akan berada di pawagam pada 18 Oktober 2019 ini. Jangan lupa serbu pawagam ramai-ramai!