Tonton Trailer Pertama Birds Of Prey, Kehidupan Bebas Harley Quinn Tanpa Joker

Trending

Tonton Trailer Pertama Birds Of Prey, Kehidupan Bebas Harley Quinn Tanpa Joker

Siapa yang tidak kenal dengan watak Harley Quinn lakonan Margot Robbie yang cukup sinonim sebagai kekasih watak Joker. Karakter Harley Quinn mula dikenali menerusi filem Suicide Squad.

Kini tiba masa untuk Harley Quinn bersinar dalam filem Birds Of Prey. Mengisahkan bagaimana dia mencari permulaan baru selepas berpisah dengan Joker dan mengetuai kumpulan anti-hero yang diberi nama Birds of Prey bersama beberapa karakter baru.

Advertisement

 

Tidak banyak yang kita dapat saksikan menerusi trailer pertama ini, tetapi sejujurnya terdapat sisi berbeza dalam karakter Harley Quinn. Kelainan itu membuatkan penulis rasa agak teruja untuk menonton filem ini.

Birds Of Prey dijangka akan menemui penonton pada 7 Februari 2020.

Kredit Video : Warner Bros. UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.