Tonton Iklan Thailand Ini Yang Didedikasi Khas Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak Kecil

Kehidupan

Tonton Iklan Thailand Ini Yang Didedikasi Khas Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak Kecil

Thailand sememangnya terkenal dengan pembikinan iklan-iklan yang sangat menyentuh hati. Kalau sebut sahaja iklan daripada Thailand, pasti ramai yang cukup teruja untuk menonton. Setiap iklan yang dibuat pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

Iklan daripada Save The Children Thailand ini juga tidak kurang hebatnya dan mendapat perhatian sejak dimuatnaik di laman YouTube. Video berdurasi 5.44 minit ini adalah kempen membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak kecil.

Advertisement

Video yang dimuatnaik pada awal Disember yang lalu menceritakan tentang golongan bapa di Wilayah Narathiwat, Thailand dalam mendidik anak-anak kecil mereka. Lumrah seorang kanak-kanak pasti ada kalanya sukar mendengar cakap.

Tetapi video ini menunjukkan kaedah yang terbaik untuk ibu bapa menarik perhatian mereka tanpa meninggikan suara atau menggunakan kekerasan. Iklan ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak mereka.

Selamat menonton!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...