Thailand sememangnya terkenal dengan pembikinan iklan-iklan yang sangat menyentuh hati. Kalau sebut sahaja iklan daripada Thailand, pasti ramai yang cukup teruja untuk menonton. Setiap iklan yang dibuat pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.
Iklan daripada Save The Children Thailand ini juga tidak kurang hebatnya dan mendapat perhatian sejak dimuatnaik di laman YouTube. Video berdurasi 5.44 minit ini adalah kempen membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak kecil.
Tetapi video ini menunjukkan kaedah yang terbaik untuk ibu bapa menarik perhatian mereka tanpa meninggikan suara atau menggunakan kekerasan. Iklan ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak mereka.
Selamat menonton!